Raja Petra Kamaruddin (RPK), blogger tersohor yang dalam pelarian dilaporkan menjadikan Brisbane Australia tempat berlindung.
Menurut sumber polis seperti dilaporkan oleh sebuah akhbar arus perdana bekas tahanan ISA itu mempunyai hubungan di Australia yang mengaturkan tempat tinggal baginya serta isterinya Marina Lee Abdullah.
Mahkamah Session di sini telah mengeluarkan waran tangkap kepada RPK kerana gagal hadir dalam perbicaraan atas tuduhan menghasut. Waran tangkap dikeluarkan apabila RPK gagal hadir pada perbicaraan awal pada 23 April 2009 lalu.
Pada hari yang sama RPK mengeluarkan kenyataan melalui Blog Malaysia Today mengapa beliau tidak hadir dalam perbicaraan tersebut dan seterusnya mengumumkan hidup dalam pelarian. Marina Lee, isteri beliau merupakan penjamin RPK dalam kes ini.
Mahkamah menetapkan pada 17 July untuk mendengar semula kes tersebut, manakala tindakan seterusnya kepada RPK adalah terpulang kepada hakim Rozina Ayob.
Baru-baru ini anak kepada RPK telah mengaku bersalah terhadap beberapa tuduhan jenayah.
Sebelum ini RPK begitu tegas dalam pendiriannya bahawa Perdana Menteri Najib Razak terlibat dalam kes Altantuya Shariibuu. Beliau juga begitu berani mengasak bahawa beberapa pihak cuba memujuknya agar tidak lagi menulis tentang kes yang melibatkan rakyat Monggolia itu.
Keberanian RPK mendedahkan beberapa nama melalui akuan bersumpahnya telah menjangkau satu perimeter imaginasi yang mendalam terhap rakyat Malaysia khususnya pembaca yang gemar merujuk kepada media baru sebagai sumber berita alternatif. RPK merupakan salah seorang atau mungkin paling berani dalam siri penulisannya.
Tegurannya tidak mengira pihak. Malahan Anwar Ibrahim selaku Penasihat PKR, parti yang disokong oleh RPK juga tidak terlepas dari menerima pukulan bisa Raja Petra. selangortoday
2 comments:
RPK can be extradited by the Malaysian Government from Australia under the Treaty of Extradition.
http://www.agc.gov.my/agc/images/pdf/int/EU/MLATDOC/Ex_Treaty.pdf
Tak payah extradisi RPK tuuhh..
Biaq dia hidup berkelana di negara orang.
Ari tu kata RPK di Landon. La di Brosbane pilak?
Haiiii... puak2 gey tu bayar tambang kooot dari Lndond ka Australia.
Post a Comment