30 May 2009

Penanti Adalah Kerja Kotor BN!



KUALA NERUS – Pendirian pimpinan dan tokoh-tokoh PAS telah memberi keyakinan kepada bukan Islam bahawa PAS merupakan parti yang teguh dalam menegakkan keadilan untuk rakyat.

“Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dari PAS begitu teguh mempertahankan kerajaan walaupun memiliki majoriti satu kerusi,

“Ini memberikan keyakinan kepada bukan Islam bahawa PAS dan pimpinan PAS adalah merupakan mereka yang teguh dalam perjuangan ini,”kata Ahli Dewan Undangan Negeri Wakaf Baru, Che Abdullah Mat Nawi.

Oleh kerana itu, sokongan yang padu diberikan oleh rakyat Malaysia kepada PAS dan pimpinan Pakatan Rakyat.

Justeru katanya, Presiden PAS adalah Perdana Menteri Malaysia sekiranya pilihanraya memilih Perdana Menteri dibuat sebagaimana pilihanraya memilih Presiden Amerika Syarikat.

“Orang bukan Islam hari ini memberi sokongan yang sungguh-sungguh kepada Pakatan Rakyat dan imej PAS adalah cukup tinggi,

“Kalau pilihanaraya untuk memilih Perdana Menteri dibuat sepertimana piliharaya memilih Presiden Amerika Syarikat, sudah tentu Ayah Chik, Tok Guru Haji Hadi (Presdien PAS) menjadi

Perdana Menteri Malaysia,”katanya yang berucap dalam majlis penerangan yang di adakan di Taman Permint Makmur, disini semalam.

Beliau yang juga Exco kerajaan negeri Kelantan berkata pilihanraya kecil DUN Penanti yang sedang berlangsung adalah disebabkan kerja-kerja kotor UMNO dan BN.

Setelah kalah di lima negeri dalam pilihanraya umum lalu, katanya, UMNO dan BN mengadakan berbagai cara untuk menjatuhkan kerajaan yang telah dimenangi oleh Pakatan Rakyat secara tidak demokratik.

Katanya BN telah mengugut dan memerangkap serta menakut-nakutkan dan cuba menyogok wakil-wakil rakyat dari Pakatan Rakyat.

“mereka berjaya melakukan di negeri Perak, memerangkap wakil rakyat di Perak dengan rasuah dan akhirnya menjadi wakil bebas yang mesra BN,

“Di Penanti, BN cuba memerangkap dan mengugut wakil rakyat yang juga Timbalan Ketua Menteri 1 dengan rasuah,”ujarnya

Hasrat BN katanya, supaya Fairuz tidak meletakkan jawatan tetapi berpaling tadah menjadi wakil rakyat BN.

Katanya sekiranya Fairuz berbuat demikian, isu rasuah akan selesai sebagaimana yang berlaku keatas wakil rakyat negeri Perak.

“Tapi oleh kerana sekurang-kurang kekuatan yang ada kepada YB Fairuz, Timbalan Ketua Menteri 1, maka beliau tidak berpaling tadah,

“tetapi beliau menyatakan hasrat untuk meletakkan jawatan,”jelasnya. BO

4 comments:

Anonymous said...

Pastikan PAS menjadi badan dakwah yang kukuh, seperti mana al-Arqam pada suatu ketika dahulu. Adakan KPI untuk Pemuda PAS, yakni salah satu KPI mereka adalah membawa dakwah Islam di pedalaman Sabah dan Sarawak, Islamkan sebanyak mungkin orang-orang asli di sana. Buatkan juga sasaran berkenaan berapa ramai ahli-ahli PAS yang akan berhenti menghisap rokok pada setiap tahun atau pada setiap bulan atas kesedaran bahawa merokok adalah jelas hukumnya iaitu haram. Sasarkan juga berapa ramai ahli DAP yang akan masuk Islam pada setiap tahun, serta pastikan program dakwah kepada ahli-ahli DAP tentang Islam sentiasa berjalan sepanjang masa, dan bukan semata-mata bekerjasama dengan DAP dalam soal kepentingan politik sahaja. Islamkan juga mereka, jika benar PAS mahu menegakkan Islam.




2. Nasrudin juga harus berani menegur dan bercakap benar kepada para penceramah PAS bahawa membuka aib pemimpin UMNO dalam ceramah-ceramah politik mereka adalah dosa besar, dan tidak boleh dihalalkan sama sekali. Jika pemimpin PAS mahu menasihat pemimpin yang zalim ada kaedah dan caranya, dan bukan cara yang diamalkan oleh Mat Sabu dan Mahfuz Omar selama ini.




3. Beriman, Bertaqwa dan Berilmu - ini syarat yang ditetapkan oleh Nasrudin, ia sangat jelas dan merupakan syarat generasi salaf-as soleh, namun demikian siapakah yang akan memantau pemilihan Ketua Pemuda PAS Cawangan dan Kawasan? Nasrudin perlu tahu bahawa PAS di peringkat cawangan dan kawasan tidak terjaga dan terbela. Masih ramai yang menjadi ahli PAS dan memegang jawatan tertentu di peringkat cawangan dan kawasan masih meninggalkan solat serta isteri dan anak-anak mereka tidak menutup aurat. Mereka menyokong dan menjadi ahli PAS bukan atas dasar kesedaran Islam sebaliknya kerana membenci UMNO. PAS jangan lihat di peringkat pusat atau nasional sahaja, sekali-sekali turun padang, jangan syok sendiri kononnya mereka sudah sempurna. Berapa kali pemimpin PAS pusat turun ke Kuala Kangsar? Dan melihat para penyokong dan ahli-ahlinya di sana? Saya nasihatkan jika benar Nasrudin ikhlas, pastikan pemilihan Ketua PAS Cawangan dan Ketua Pemuda PAS Cawangan juga harus mengikut syarat beliau iaitu "Beriman, Bertaqwa dan Berilmu", barulah PAS akan benar-benar akan kukuh. Pada hari ini, PAS kelihatan kuat adalah kerana faktor kebencian orang terhadap UMNO, dan bukan kerana faktor dakwah atau kesedaran Islam yang dijalankan oleh PAS selama ini. PAS Harus sedar akan faktor itu semua.




4. PAS harus menghentikan permusuhannya dengan UMNO, seteruk-teruk UMNO, DAP jauh lebih teruk. Kena ingat ini semua. Jangan terlalu sibuk dengan politik dan kuasa, sebaliknya tanggungjawab untuk menyatukan umat Islam diketepikan. Semua sifat buruk sangka PAS kepada UMNO harus segera dikikis dan dihentikan. Utamakan Islam terlebih dahulu daripada kepentingan politik dan kuasa.

Anonymous said...

5. Rakyat mahu PAS menjadi badan dakwah yang lebih kemas dan mempraktikkan segala sunnah nabi dalam bentuk tindakan dan amalan. Para pemimpin PAS harus menunjukkan teladan yang baik. Perbuatan mencaci-maki pemimpin kerajaan harus diganti dengan mendoakan kepimpinan negara menjadi lebih baik. Jika ahli-ahli DAP boleh kita doakan agar hati mereka tertarik dengan Islam, apatah lagi dengan hati para pemimpin UMNO, ia lebih afdal dan mulia. Pemuda PAS juga harus bergerak seperti mana gerakan al-Arqam dahulu, berdakwah di shopping kompleks, di kaki-kaki lima bersama anak-anak muda, dampingi mat rempit sama ada di disko atau di kelab-kelab malam, berdakwah kepada para remaja di tempat-tempat maksiat dan sebagainya. Kita tidak mahu pemimpin PAS hanya pandai berceramah di masjid-masjid sahaja, tetapi apabila diminta berdakwah di pedalaman Sabah dan Sarawak atau di lorong Haji Taib, mereka beri pelbagai alasan. Kemudian, apabila jenayah dan maksiat meningkat semua salah kerajaan dan salah UMNO, tiada sedikit pun salah ahli-ahli PAS. PAS tidak sedar bahawa banyak juga maksiat dan jenayah dilakukan oleh ahli -ahli PAS dan penyokong mereka. Jika PAS mahu Islam, maka Islamkan PAS itu secara keseluruhannya. Baru betul. Jangan lihat sebelah mata sahaja.





6. Apabila Nasarudin berkata bahawa syarat untuk memilih kepimpinan PAS adalah berasaskan kepada syarat "Beriman, Bertaqwa dan Berilmu" saya mahu tambah sikit, ia tidak cukup bagi PAS jika itu syaratnya sahaja. Tambahan saya adalah, "Beriman, Bertaqwa, Berilmu dan Beramal". Maksudnya, tak cukup seseorang pemimpin PAS itu hanya beriman, bertaqwa dan berilmu semata-mata, sebaliknya ia mesti beramal dengan seluruh ajaran Islam. Tiada guna jadi pemimpin PAS jika masih beramal dengan sikap jahiliah seperti mengumpat pemimpin UMNO, menghina pemimpin UMNO, mencaci dan membuka aib pemimpin UMNO, merendah-rendahkan maruah pemimpim UMNO dan ulama-ulama UMNO. Ini semua bukan ajaran Islam. Sebab itu untuk menjadi pemimpin PAS tak cukup dengan beriman, bertaqwa dan berilmu sahaja. Itu syarat asas dan sesuai untuk UMNO, tetapi bagi parti seperti PAS ia harus ditambah dengan perkataan "beramal". Sebab PAS mendakwa bahawa mereka menjunjung sepenuhnya al-Quran dan as-Sunnah. Maka, semestinya para pemimpin PAS mempraktikkan segala suruhan al-Quran dan Sunnah nabinya. Dengan hal tersebut, barulah PAS boleh dipanggil parti Islam.




7. PAS tidak seharusnya meletakkan syarat "beriman, bertaqwa dan berilmu" hanya kepada sesiapa yang mahu memimpin parti tersebut, ia tidak akan tercapai sekiranya ahli-ahli PAS sendiri masih banyak yang tidak bertaqwa dan berilmu. Seorang pemimpin yang beriman, bertaqwa dan berilmu akan hanya dipilih andaikata seluruh ahlinya mempunyai ciri-ciri beriman, bertaqwa dan berilmu juga. Oleh sebab itu, saya cadangkan kepada Pemuda PAS , agar mereka membawa usul kepada PAS Pusat berkenaan syarat baharu untuk menjadi ahli PAS, iaitu mana-mana individu yang ingin menjadi ahli PAS , maka ia harus diselidik terlebih dahulu agar mempunyai ciri-ciri beriman, bertaqwa dan berilmu - jika ada syarat ini, barulah seseorang itu diterima sebagai ahli PAS, jika tidak ada, maka ia tidak layak menjadi ahli PAS. Tidak cukup hanya membayar yuran seringgit semata-mata mahu menjadi ahli PAS. Sebaliknya, PAS memerlukan ahli yang berkualiti dan bukan kuantiti. Hal ini penting jika PAS mahu memilih pemimpin yang beriman, bertaqwa dan berilmu pada masa akan datang. Oleh sebab itu, pastikan terlebih dahulu ahli-ahli PAS yang biasa benar-benar mempunyai ciri beriman, bertaqwa dan berilmu, barulah kepimpinan ulama mampu direalisasikan.

Anonymous said...

Saya nak tambah syarat bagi mana-mana ahli PAS yang berminat untuk memimpin PAS, tak cukup dengan syarat beriman, bertaqwa dan berilmu. PAS perlu menambah syarat tersebut menjadi sebegini, "Beriman, Bertaqwa, Berilmu, Beramal dan Bijaksana". Mengapa saya tambah "Bijaksana",? kerana kebanyakan pemimpin PAS mudah dimomok dan ditipu oleh Anwar Ibrahim dan pemimpin-pemimpin DAP. Padahalnya, inilah musuh-musuh utama PAS pada awal tahun 80-an dan 90-an. Saya doakan untuk masa yang akan datang pilihlah pemimpin PAS yang bijaksana, bukan bertaqwa semata-mata.

Anonymous said...

Saya setuju baik kita undi UMNO sebab UMNO adalah parti jahil,bodoh dan zalim.Mereka jahil tentang ilmu Islam,mereka bodoh kerana memikirkan faedah dan kedudukan dunia semata-mata dan Zalim kerana mementingkan gol elit dan feudal sahaja.Menyokong UMNO sama seperti menyokong kapitalis yang memperhambakan gol marhean....

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese