19 May 2009

Nizar mengadap Raja Nazrin tengahhari tadi .

Menurut sumber dari pihak Istana Iskandariah bahawa YAB. Dato' Seri Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin telah diperkenan mengadap oleh DYTM Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin di Istana Iskandariah Kuala Kangsar jam 12.30 tengahhari tadi.

Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat yang telah disahkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 11 Mei yang lepas itu telah diperkenan mengadap selepas Majlis Penanugerahan Pingat Sempena Keputraan DYMM Sultan Perak pada pagi tadi.

Beliau telah mengadap Raja Muda sekitar 15 minit dan saya masih belum dapat mengesahkan apakah perkara yang dititahkan oleh Raja Nazrin kepada DS. Nizar dan apa pula yang dipersembahkan oleh DS. Nizar kepada Raja Nazrin. - DRS. KHALIL IDHAM LIM

2 comments:

pas larut tin said...

saya berkyakinan bahawa yab nizar pasti akan menyentuh tentang isu isu
yang melibat kan kemelut politik yang semakin kusut angkara ketamakan
kuasa pimpinan najib dan mb haram dpangkor yang sudah berlarutan lebih 3bulan ia nya sangat meresah kan rakyat.jalan terbaik telah di suarakan olih banyak pihak ia lah dengan kembalikan kuasa kepada rakyat bagi menentu kan siapa kah yang berhak mentadbir negeri perak. membubar kan dun supaya prk dapat di ada kan ini merupa kan jalan terbaik untuk penyelesaiyan terbaik.

Anonymous said...

15 minit aje.. aku ingat berjam jam tadi maklum le nizar dan raja nazrin kan mesra..Kan

ini mesti kena titah ni.. 5 minit titah dan 10 minit menuggu..

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin