25 May 2009

Mahfuz: Perwakilan diharap menilai KPI untuk calon-calon yang bertanding.



"Jika saya ada manfaat untuk parti, maka pilih saya bukan kerana saya mereka mengenali saya, rapat dengan saya atau saya sebagai Ketua Penerangan yang saban minggu keluar kenyataan di kolum Harakah dan di akhbar-akhbar arus perdana",

Demikian tegas Ketua Penerangan Pas, Dato' Mahfuz Omar sewaktu mengesahkan beliau akan bertanding jawatan Naib Presiden PAS pada pemilihan akan datang pada sidang media tengahari tadi.

Beliau menghantar borang penerimaan pencalonan kepada jawatankuasa pemilihan parti sejurus selepas Husam mengumumkan akan bertanding pada pemilihan minggu depan.

Menjawab soalan pemberita mengenai kesediaannya bertanding, beliau menjawab ianya sekadar untuk membantu memacu parti bagi mencapai kejayaan yang lebih baik pada masa akan datang.

"Jika saya nak dipilih sebagai Naib Presiden letakkan satu KPI (indeks prestasi utama), kayu pengukur ke atas diri saya, mengambil kira daya upaya saya membantu parti sejak penglibatan saya bersama pemuda sehingga sekarang berdasarkan 'report card'," tambahnya

Beliau yang juga ahli parlimen Pokok Sena mengingatkan sebarang penilaian yang dihasratkan oleh perwakilan pada muktamar nanti tidak mengaitkan beliau dengan mana-mana 'rakit'.

"Saya tidak mahu dikaitkan dengan mana-mana rakit, saya adalah dari rakit, perahu, kapal Pas, saya tidak mahu saya dipilih bersandarkan kekuatan orang lain, kerana mungkin pada penilaian sebenarnya saya lemah," tambahnya.

Ketiga-tiga penyandang Naib Presiden sebelum ini bagaimana pun tidak mempertahankan jawatan tersebut. Dua penyandangnya Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu menawarkan diri merebut jawatan Timbalan Presiden.

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese