07 May 2009

Live dari Ipoh - Polis menyerbu orang awam...


9.22 - Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai Seberang Oon Neoh Aun, yang berada bersama blogger Zorro turut ditahan, bersama lima orang yang lain.

9.21 pagi - Polis mula menyerbu orang awam dan ada diantara yang ditahan..

9.20 - Mereka yang ditahan sedang dibawa ke balai polis Sungai Senang, pihak polis kini beralih untuk melancarkan serangan ke restoran nasi kandar yang bertentangan dengan bangunan DUN Perak


9.18 - Lima lagi ditahan polis termasuk blogger Zorro. MP Kula dan Limkit Siang tidak dibenarkan masuk ke bangunan DUN Perak

9.10 pagi - Rakyat berhimpun di perkarangan Wisma DAP Perak yang terletak berseberangan dengan Bangunan SUK. Turut berhimpun ialah Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa.

9.07 pagi - Polis meletakkan kawat duri diseberang jalan dihadapan Dewan. Kira-kira 200 orang berhimpun di dalam kumpulan-kumpulan kecil. FRU sedang bersedia.

Kumpulan berbaju hitam menuju ke arah Dewan

8.54 pagi - Beberapa kumpulan kecil dalam lingkungan 100 orang menuuju ke arah Bangunan SUK melalui jalan tepi Sungai Kinta dan menyusur masuk ke Taman Istana. Ada diantara mereka berpakaian hitam

8.47 pagi - Kumpulan kecil sedang bergerak ke arah Bangunan SUK, tempat Dewan Undangan Negeri Perak akan bersidang

1 comment:

joegrimjow said...

bunyi macam gempak

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin