07 May 2009

Live dari Ipoh - Bangunan Perak darul Ridzuan umpama sebuah penjara, ADUN Sungai Pinang ditahan polis



9.05 - Bangunan Perak darul Ridzuan umpama sebuah penjara. Kndraan FRU besar dan kecil di letakkan melintangi pintu masuk ke bangunan pentadbiran kerajaan Perak itu

9.08 - ADUN Sungai Pinang, Koay Teng Guan disahkan antara yang ditahan polis. Turut berada dihadapan bangunan DUN Perak ketika kelompok tadi ditahan adalah MP Bukit Mertajam.

9.10 - Seramai lebih kurang 40 orang masih berkumpul diseberang jalan berhadapan bangun DUN Perak. Menghadap mereka serama 20 orang polis yang berdiri diatas pembahagi jalan.

9.15 - Polis bergerak kearah mereka, sambil mengeluarkan amaran suapaya mereka bersurai. Antara yang berhimpun adalah peguam blogger Haris Ibrahim.

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin