Dalam perkembangan yang agak mengejutkan Mahkamah Rayuan membuat keputusan untuk mendengar permohonan Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan permohonan Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bagi mengenepikan perintah penangguhan oleh Mahkamah Rayuan pada hari yang sama.
Mahkamah akan mendengar kedua-dua kes yang difailkan itu pada Khamis, 21 Mei.
Permohonan Datuk Seri sepatutnya di dengar oleh Mahkamah Rayuan pada hari Isnin depan.
Pertukaran tarikh dan keputusan mahkamah itu mungkin disebabkan hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil Penanti yang akan diadakan pada hari Sabtu, 23 Mei.
Menteri Besar Perak juga telah memohon supaya kes beliau didengar oleh panel tiga hakim tetapi sehingga kini belum ada keputusan dibuat.
1 comment:
Tgk tu!
Mahkamah adil apa!
Sapa cakap mahkamah mee segera?
Sapa cakap Hakim Mee segera?
Correct, correct, correct!
Zambry dpt bicara hari yg sama,
Nizar pun dapat hari yg sama.
Cuma minggu je berlainan,
1 minggu lepas tu!
Aku tak kira, Janji hari yg sama.
Bodoh punya Umno!
Post a Comment