11 May 2009

Bangunan SUK ditutup dan dikepung

Maklumat dari Ipoh memberitahu, bangunan SUK telah ditutup dengan cara yang luarbiasa. Orang-orang Ipoh tolong dapatkan pengesahan.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim telah pun mengumumkan keputusannya.

Jam 3.5opm : NIZAR SAH MENTERI BESAR PERAK. KITA MENANG !!

Sumber yg baru diterima, DS Nizar dijangka akan mengadap Sultan Perak di Istana Perak, petang ini juga. Nizar daripada Pakatan Rakyat memfailkan kesnya 13 Februari lalu supaya mahkamah mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah. Hakim berkata, Nizar tidak pernah menghadapi UNDI TIDAK PERCAYA dalam DUN..TAKBIRR !!!

HAKIM Mahkamah Tinggi Abdul Aziz Abd Rahim telah memutuskan bahawa Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak yang sah. Ketika membacanya, Abdul Aziz berkata Nizar berhak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak. RAKYAT MOHON MB PERAK BUBARKAN DUN..! Kita berpilihanraya lagi !

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese