08 May 2009

ADUN Pakatan Rakyat Dipijak Perut, OKU Dikasari Polis

Menteri Besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mendakwa seramai 400 anggota polis telah menceroboh dan melakukan keganasan di dalam Dewan Undangan Negeri Perak semasa sidang DUN semalam termasuk memijak
perut Ahli Dewan Undangan Negeri serta berlaku kasar terhadap ADUN OKU daripada Pakatan Rakyat.

Antara anggota polis yang di bawa masuk ke dalam Dewan termasuk berpuluh-puluh daripada Cawangan Khas (Special Branch).

Speaker V. Sivakumar juga telah dihina dengan diheret dan dikurung dalam bilik stor DUN selama sejam.

Bercakap pada sidang akhbar yang diadakan di Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Perak di Ipoh petang semalam Datuk Seri Nizar berkata setelah melihat apa yang dilakukan oleh Barisan Nasional dalam DUN yang membelakangi dan menodai nilai-nilai dsemokrasi, Pakatan Rakyat katanya akan terus berusaha memohon perkenan Sultan Azlan Shah supaya DUN dibubarkan seberapa segera.

"Pihak Pakatan Rakyat tidak mengiktiraf Speaker haram, Ganesan. Pakatan Rakyat akan terus berusaha melalui Sultan Perak memohon agar DUN Perak dibubarkan.

Sidang media turut dihadiri Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Ahmad Awang, serta pimpinan PAS seperti Drs Khalil Idham Lim, Dr Hatta Ramli, Dr Lo' Lo' Ghazali dan Salahuddin Ayub.

Beliau yang juga Ahli Parlimen bukit Gantang berkata pimpinan Pakatan Rakyat akan segera turun ke padang untuk memberi penerangan dan penjelasan kepada rakyat mengenai insiden yang berlaku dalam DUN Perak.

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin