12 April 2009

Tiada Kabinet Bayangan Pakatan Rakyat



Semasa di PRK Bukit gantang dan Bukit Selambau tempoh hari, DS Anwar Ibrahim ada mengumumkan akan membentuk Kabinet Bayangan. Kabinet Bayangan tersebut akan sama-sama diperkasakan oleh PKR, DAP dan PAS. Di antara lain objektif penubuhan itu, adalah untuk memberi ketiga-tiga parti itu lebih fokus dalam menjalani tugas sebagai seorang ahli parlimen.

Tiba-tiba TPM Muhyiddin dengan selamba mengatakan DS Anwar mempunyai matlamat lain disebalik pembentukkan Kabinet Bayangan. Beliau menuduh DSAI bertujuan merampas kuasa daripada Kerajaan. mStar.

Ini satu tuduhan yang berat tanpa bukti. Perkara merampas kuasa bukan boleh dimain-main. Ia satu jenayah yang besar dan orang yang pernah rampas kuasa saja yang berani menuduh yang bukan-bukan.

UMNO pernah buat kerja yang tidak bermoral ini dengan mencabul semua peruntukan yang ada sehingga tumbang Kerajaan rakyat yang sah di negeri Perak.

Yang sebenarnya UMNO memang takut dengan bayang-bayang sendiri. Di dalam masa yang sama TPM Muhyiddin dengan takut-takut berani menyatakan UMNO tidak bimbang dengan perancangan DS Anwar itu.

Sebelum pertandingan jawatan UMNO hari itu, memang saya sudah menjangkakan beliau menang. Beliau menang Timbalan Presiden UMNO bukan kerana beliau calon yang terbaik, tetapi dua orang calon lagi, kurang baik.

Saya tak nampak TPM ini mempunyai kematangan untuk memegang jawatan No.2. TPM yang terdahulu seperti Allahyarham Tun Dr.Ismail, Allahyarham Tun A.Razak (sebelum menjadi PM), Tun Musa Hitam dan sudah tentu DS Anwar sendiri jauh daripada berkaliber, berkarismatik dan mempunyai aura masing-masing jika dibandingkan dengan TPM sekarang.

Saya rasa beliau masih keliru dengan tugasnya yang amat berat itu. Kalau dah terasa tak larat, tunggu tiga tahun lagi Datuk Zaid boleh ambil alih. Tugas seorang TPM bukan mencari musuh dengan pembangkang, kerana rakyat sedang menilai keupayaan dan idea yang luar biasa dari beliau.

Membentuk Kabinet Bayangan amat penting agar mereka yang dilantik akan mahir dengan tugas masing-masing. Kerja mereka akan bertambah fokus dan membolehkan rakyat membuat penilaian.- TPM...kurang aura, kurang karisma

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese