15 April 2009

Terengganu: ADUN BN Yang Tidak Hadir ‘Masih Tidur’

Gambar-Keadaan Sidang DUN yang kosong semalam

Kuala Terengganu – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung, Ustaz Mohd Nor Hamzah ketika membahaskan ucapan Yang DiPertua Majlis Penasihat Pemangku Raja, Tengku Badrulzaman Sultan Mahmud menyelar ADUN Kemasik, Rosli Othman yang mengatakan bahawa ADUN-ADUN daripada PAS adalah pengacau.

Menurutnya, kenyataan ADUN Kemasik dalam Sidang Dewan yang mulia itu adalah satu tohmahan dan tuduhan yang sangat jahat.

Beliau berkata ADUN PAS bukan pengacau tetapi memberi nasihat untuk membetulkan keadaan yang berlaku dalam negeri Terengganu.

Beliau mengambil contoh, ketika menanya kemanakah perginya rakan-rakan ADUN BN yang lain, menghilangkan diri dan tidak hadir ke dalam Sidang DUN, namun ADUN Kemasik menjawab mereka ‘tidur’.

“Kita lihat hari ini, Yang Berhormat ADUN yang dilantik oleh rakyat tidak hadir ke dalam Dewan, saya tanya Yang Berhormat ADUN Kemasik dimana sahabat-sahabat kita (yang tidak hadir), dia (ADUN Kemasik) jawab ‘tidur’, dia jawab tidur,

“alangkah sedihnya jika Yang Berhormat kita (yang tidak hadir) masih lagi tidur dan tidak bangun-bangun lagi sehingga hari ini,”ujar Ustaz Mohd Nor

DUN Terengganu yang bersidang hari kedua semalam, 14 April, telah kosong kerana seramai 11 orang ADUN BN tidak hadir.

Mereka dikatakan memboikot Sidang DUN dan sengaja tidak hadir dengan memberikan alasan keselamatan nyawa mereka terancam ekoran 3 orang ADUN yang telah menerima SMS berbentuk ugutan bunuh pada malam sebelumnya.

Klik Untuk Dengar Ucapan YB Bukit Payung

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese