Sepuluh ADUN Barisan Nasional yang memulaukan DUN Terengganu - susulan rasa terancam dengan mesej ugutan - semalam hadir di persidangan hari ini seperti diarahkan oleh perdana menteri.
Tiga daripada mereka awal pagi semalam membuat aduan polis apabila menerima mesej SMS berbunyi: "baik jangan teruskan niat YB, YB tak sayang nyawa?".
Ugutan tersebut, didakwa daripada seorang pegawai kanan kerajaan negeri, dipercayai berkaitan dengan ura-ura membawa usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.
ADUN Ajil, Datuk Rosol Wahid, Zakaria Abdullah (Paka) dan Abdul Halim Jusoh (Permaisuri) kembali menghadiri hari terakhir persidangan yang bermula Isnin walaupun pada awalnya bertegas tidak mahu berbuat demikian atas alasan keselamatan nyawa masing-masing.
Selain mereka bertiga, turut hadir: Muhammad Ramli Noh (Tepoh), Mohd Zawawi Ismail (Kuala Berang), Datuk Din Adam (Bukit Besi), Alias Abdullah (Alor Limbat), Ramlan Ali (Jabi), Datuk Seri Idris Jusoh (Jertih) dan Mohd Pehimi Yusof (Kota Putera).
Walaupun menafikan berniat membawa usul undi tidak percaya terhadap menteri besar, kumpulan ini tetap mendakwa mereka hilang keyakinan terhadap Ahmad.
2 comments:
Usul undi tak percaya tak wujud dalam UMNO ..ok. Depa masih berserabut dgn pelbagai masalah ...
Yg pasti bukan masalah kebajikan rakyat
Mungkin Idris Jusoh dapat semangat baru dari kemenangan Nizar di Bukit Gantang tempohari. Walaupun Nizar dikatakan derhaka tetapi dia masih menang.
Oleh itu Idris Jusoh ingin mengikut jejak langkah Nizar bagi mencuba nasib lagi sekali, Idris Jusoh juga pernah dicap sebagai derhaka sebelum ini.
Post a Comment