22 April 2009

Rais diseru tumpu bangunkan prasarana jalur lebar, bukan sekat blogger



Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan diseru menumpukan sumber kerajaan menambahbaik prasarana jalur lebar dan bukannya membazirkan wang rakyat memantau blogger atau menyebar propaganda Umno-BN.

Demikian ditegaskan oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang dipetik sebagai berkata, industri broadband di dalam negara ini perlu digerakkan dengan kadar yang lebih pantas. Matlamat ialah untuk mencapai penembusan 50% broadband pada tahun hadapan. Buat masa ini kadar penembusan hanyalah 22% sahaja, 26% paling tinggi dan malangnya kita masih tidak memberikan perhatian serta bersikap tidak ambil peduli tentang keupayaan broadband ini sebaliknya lebih berminat terhadap hal yang lain seperti kekangan maklumat sebagaimana di zaman pemerintahan Mahathir.

Dr Rais dilaporkan sebagai berkata kerajaan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap media swasta dan blogger yang menyebar propaganda anti-kerajaan. Kawalan dan kekangan seperti ini mengimbau kembali cengkaman eksekutif ke atas media massa di era pentadbiran Dr Mahathir Mohammad.

"Rais perlu diperingatkan yang kita sekarang ini di dalam zaman internet dan dia tidak sepatutnya cuba menghidupkan semula kawalan media seperti diamalkan dulu yang amat bertentangan dengan pengwujudan media yang lebih bertenaga, bebas dan bermaklumat seperti yang dihasratkan oleh perdana menteri Najib Razak disamping Rais akan menamatkan kerjaya kabinetnya dengan lebih tercemar jika beliau tidak memperdulikan kekotoran yang beliau lakukan sehingga menjadikan dirinya sebagai seorang Menteri Propaganda dan Blog daripada seorang Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan."

Ahli Parlimen Ipoh Timur itu berkata Malaysia jauh ketinggalan dari segi tujahan internet berbanding dengan negara-negara Asia yang lain.

1 comment:

Unknown said...

Memang nak kena sekat blogger nih..nanti banyak dan lebih cepat rakyat tahu tembelang dan kurafat dia orang tu...Sepatutnya rakyat santap media perdana je...baru boleh maju...amacam..?

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese