21 April 2009

DUN kecoh, usul undi tidak percaya atas Ali Rustam gagal



Persidangan Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) yang masuk hari kedua, hari ini, kecoh kira-kira setengah jam apabila wakil Pakatan Rakyat cuba mengemukakan usul tidak percaya terhadap Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, atas dakwaan terbabit dengan politik wang.

Usul itu cuba dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang dari DAP, Goh Leong San, sebaik persidangan disambung semula kira-kira jam 11.35 pagi selepas berhenti rehat.

Bagaimanapun, cadangannya itu ditolak Speaker DUN, Datuk Othman Mohamad.

Susulan itu, berlaku pertikaman lidah membabitkan sekurang-kurangnya lapan wakil rakyat mewakili kerajaan dan Pakatan Rakyat.

Dalam kekecohan yang kelihatan hampir tidak terkawal itu, pelbagai isu termasuk mesyuarat bawah pokok di Perak dan kes penyebaran gambar separuh bogel Exco kerajaan Selangor, Elizabeth Wong, dibangkitkan.

Kekecohan itu hanya selesai selepas Speaker meminta Mohd Ali meneruskan usul ucapan terima kasih kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob, kira-kira jam 12.12 tengah hari.

Terdahulu, ucapan itu juga tertangguh dua kali, selepas Ketua Menteri turut terjebak dalam pertikaman lidah berkenaan.

1 comment:

Anonymous said...

Ahli ahli PAS tak usah lah nak sibuk sangat dengan Undi Tak Percaya di Melaka ni. Lebih baik tengok keadaan Parti sendiri dan tanya samaada ahli2 PAS nak beri undi percaya kepada pemimpin2 Parti mereka yang berhasrat nak kerjasama dengan UMNO demi Ketuanan Melayu. Kenapa nak sorak riuh rendah mengenai masaalah UMNO tapi senyap sunyi mengenai pemimpin nya sendiri yang ingin bergelumang dengan orang seperti Ali Rustam tu ? Bukan kah ini yang patut di fikirkan olih setiap ahli PAS ? Dan bukan kah soal ini yang patut di kedepankan olih ahli2 Blog ?

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese