20 April 2009
PKR minta Lim henti cakap tentang Fairus di media
PKR hari ini meminta Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng supaya tidak melanjutkan lagi perbincangan melalui media mengenai tindakan bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin meletak jawatan sebagai ADUN kawasan Penanti, di Pulau Pinang.
"Ia hanya menguntungkan pihak lawan Pakatan. Hari ini Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng telah sempat berbual dan saya percaya semua kekeliruan telah mereka selesaikan," katanya Timbalan Presiden PKR, Syed Ali Husin dalam satu kenyataan hari ini.
Sebaliknya, beliau meminta semua parti, pemimpin dan ahli dalam Pakatan supaya bersatu untuk memastikan kemenangan besar dalam pilihanraya kecil Penanti jika diadakan.
Khamis lalu, Fairus yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dilaporkan berkata tindakan beliau itu adalah untuk membersihkan namanya daripada segala tohmahan selain bagi membolehkan beliau melanjutkan pelajaran.
Dalam kenyataan tersebut, Syed Husin berkata keputusan untuk meletakkan jawatan ADUN Penanti dibuat oleh Fairus sendiri.
Katanya, Fairus membuat keputusan ini pada awal pagi 16 April berikutan perbincangannya dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, iaitu selepas tamat mesyuarat biro politik sebelum tengah malam 15 Mac lalu.
"Speaker DUN Pulau Pinang telahpun menyerahkan surat Fairus kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment