21 April 2009

Penyebaran Gambar Bogel Terbaru Eli



Setelah gagal untuk menjatuhkan Exco Kerajaan Selangor yang juga ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong melalui konspirasi pendedahan gambar bogel, pihak-pihak tertentu kini diberitakan telah melakukan sebaran gambar bogel yang lebih dasyat di dalam blog.

Menurut akhbar MSTAR dengan tajuknya "Elizabeth belum boleh lega: gambar baru muncul di internet?" yang ditulis oleh G.Manimaran beranggapan bahawa penyebaran gambar bogel terbaru Eli menunjukkan seperti Eli belum 'bebas' sepenuhnya.

Persoalan kini, mengapa Eli perlu dikatakan belum boleh lega jika terbukti bahawa penyebaran gambar-gambar bogel itu adalah berniat jahat dan dilakukan oleh orang yang pengecut dan tidak bertanggungjawab?

Jika berani menyebarkan mengapa tidak pula berani mendedahkan identiti? Bukankah itu sudah cukup untuk membuktikan pihak yang melakukan perbuatan menyebarkan gambar-gambar itulah yang sebenarnya pihak yang tewas dan kecewa apabila Eli masih terus menerima sokongan rakyat dan penduduk Bukit Lanjan supaya beliau meneruskan khidmatnya.

Dalang yang menyebarkan gambar itu sepastinya datang dari musuh politiknya dengan berharapan agar Eli dan PKR tersungkur dengan isu berkenaan. Termasuk pihak media yang cuba meraih sedikit keuntungan melalui tindakan mengampu dengan menimbulkan kecaman terhadap Eli ekoran isu berkenaan.

Saya bersetuju penuh dengan jawapan-balas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang mengulas mengenai penyebaran gambar-gambar baru melibatkan Wong, dimana pihak kerajaan negeri akan mendapatkan gambar itu dan memberikannya kepada polis.

"Gambar itu jika ada intrusion of privacy (mencabuli privasi) kita minta pihak polis mengambil tindakan," katanya.

Beliau menyatakan demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan bantuan bernilai RM2.0 juta kepada 25 Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di Shah Alam hari ini.

Apa yang nyata "pihak tertentu" yang melakukan kerja dengan niat untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat" di Selangor tidak berjaya dan akhirnya terpaksa mengambil langkah kedua yang sebenarnya tidak lansung memberi apa-apa impak lagi kepada wakil rakyat berkanaan dan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

Mereka hanya boleh berjaya jika mereka sendiri bertanggungjawab untuk tampil memperkenalkan diri di samping tidak berselindung dengan dunia siber yang mengizinkan anonymity ini. Greenboc

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese