Senator Datin Paduka Nor Hayati Onn dan mantan Ahli Parlimen Datuk Dr Rahman Ismail 2004. Sila rujuk sini .
SHAH ALAM: Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini menetapkan 2 Julai depan untuk mendengar hujahan tambahan sebelum membuat keputusan kes nusyuz membabitkan Exco Wanita Umno, Datuk Norhayati Onn.
Hakim Syari Atras Mohamed Zain memutuskan untuk mendengar hujahan tambahan sebelum membuat keputusan bantahan awal Norhayati mengenai permohonan nusyuz yang difailkan suaminya, seorang jurutera, Mohd Suffian Abdul Aziz. Lapor myMetro .
Untuk makluman Senator Datuk Noorhayati Onn menang sebagai salah seorang Exco Wanita UMNO dengan mendapat 463 undi.
Didoakan kes beliau segera selesai agar beliau dapat menumpu dan mencurahkan sepenuh tenaga untuk AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.
Walaupun beliau dituduh berkhalwat (disah sendiri oleh bekas suaminya), namun tenaganya diperlukan oleh Wanita UMNO dan UMNO pusat melantiknya Senator kerana minyak tidak boleh bercampur dengan air dan berkemungkinan pengetahuannya tentang Agama, terutama 'Islam Hadari' amat tinggi sehingga tidak dapat tidak, beliau diperlukan oleh negara di era perubahan dan 1 Malaysia. (Satu Malaysia sudah tahu) -al-brangi
3 comments:
mana sipenyapu?
senyap je.. tak bebunyi langsung!
woii khir.. komen la sikit. dalam umno kan ramai imam. bagilah komen bernas nko tu.
ni ramai org nak dengar komen bermoral nko tu. 1Malaysia nak dengar ni.
jangan buat2 epilepsi dan selected memory plak!!
_______
qariah kg bermban
Jangan tuduh orang berkhalwat. Selagi belum terbukti di mahkamah syariah dia sah berkhalwat dia masih belum berkhalwat. Siapa suami dia nak sahkan dia ni dah berkhalwat?. Lawyer? majistret? Doktor? uztaz? Imam? Qadi nikah Kawin? Mufti? Nik Aziz? Najib? Reaktor Azhar? Imam Syafie? Malaikat Jibrail?
Semua orang kat atas tu tak layak hendak mengata dia sudah berkhalwat.
Apabila saudara penulis mengatakan " minyak tak bercampur" dengan air" boleh menjurus kepada seolah-olah sah perempuan ni dah berkhalwat. Siapa kah saudara penulis ni hendak menghukum seseorang bersalah? apatah lagi hal hal yang melibatkan maruah.
Minta maaf cakap kalau Saidina Ali hidup sekarang pun beliau tak layak nak kata Si perempuan ni berkhalwat sebab beliau bukan Hakim Mahkamah Syariah di daulah Islamiah Selangor.
Jadi tolong paham-paham sikit sebelum membuat apa-apa pernyataan dan sindiran terhadap seseorang tu.
Hendak menegakkan Islam kena la dengan caranya saudra penulis. Bukan sebegini.
Post a Comment