23 April 2009

Gobind saman Speaker Dewan Rakyat



KUALA LUMPUR, 23 April:- Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo memfailkan saman terhadap kerajaan Barisan Nasional, Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia dan menteri di jabatan Pedana Menteri Mohd Nazri Abdul Aziz berkaitan hukuman digantung menghadiri Parlimen selama setahun.

Saman itu telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur jam 11 pagi tadi.

Tindakan undang-undang tersebut diambil berikutan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan minggu lalu membenarkan Adun Pulau Pangkor Zambry Abdul Kadir serta enam exco lain di Perak mencabar tindakan speaker Sidang Dewan Undangan Perak V Sivakumar menggantung mereka menghadiri sidang dewan negeri itu.

Gobind telah digantung selama setahun dan dilarang menghadiri sesi sidang Parlimen oleh Pandikar bermula 16 Mac lalu.

Ahli Parlimen Puchong itu didakwa mengeluarkan kenyataan yang mendakwa Timbalan Perdana Menteri terbabit dalam kes pembunuhan dan juga menghina Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Usul bagi menggantung Gobind telah dibentangkan di Dewan Rakyat oleh Mohamed Nazri yang membentangkan usul tersebut 12 Mac lalu.

Dalam cadangan usul yang dibentangkan, Mohd Nazri mendakwa Gobind telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak terbabit dalam kes pembunuhan, semasa perbahasan peringkat Jawatankuasa Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2009.

Turut hadir memberi sokongan kepada Gobind ialah bapanya, Karpal Singh dan juga Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurrul Izzah Anwar

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese