17 April 2009

Keputusan Mahkamah Persekutuan Wujudkan Tauladan Merbahaya



Isu Perak: NGO sifatkan keputusan gagal dokong undang-undang

SEBUAH badan NGO, Aliran kecewa dengan tindakan mahkamah semalam yang menafikan kuasa Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) yang menggantung Menteri Besar BN Perak, Zambry Abd Kadir dan enam ahli exconya dari menghadiri sidang Dun.

Menurut Presiden Aliran, P. Ramakrishnan keputusan berkenaan adalah begitu mengecewakan dan akan memberi kesan kepada prinsip demokrasi.

Mahkamah semalam telah memutuskan bahawa tindakan Speaker itu adalah terbatal tidak sah kerana Sivakumar tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.

“Keputusan ini akan memberi kesan yang mendalam kepada prinsip demokrasi yang menghormati doktrin pengasingan kuasa eksekutif, legislatif dan kehakiman,” katanya dalam satu kenyataan kepada Suara Keadilan.

Jelas Ramakrishnan lagi, keputusan berkenaan juga telah menghancurkan ketetapan bahawa pengasingan kuasa akan dipelihara dan dijaga menurut peraturan undang-undang oleh pihak kehakiman.

“Bidang kehakiman sekali lagi gagal untuk mendokong peraturan undang-undang bagi kepentingan keadilan di negara ini,” katanya lagi.

Pada 18 Februari lalu, Speaker Dun, V Sivakumar mengambil tindakan untuk menggantung dan melarang Menteri Besar daripada menghadiri sidang Dun berkuat kuasa serta-merta selama 18 bulan.

Manakala exco kerajaan negeri yang dilantik oleh Zamry digantung untuk menghadiri sidang Dun selama setahun pada masa yang sama.

Keputusan Mahkamah berkenaan yang diputuskan oleh lima hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Alauddin Mohd Sherif semalam memutuskan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.

Oleh itu, menurut hakim, Zambry dan enam exco terbabit boleh menghadiri sidang DUN yang akan datang. - SK

4 comments:

Quantum Metal Consultant said...

Poorahhh... bila tidak menyebelahi, di katakan bahaya... Buatlah pula mahkamah bawah pokok, sendiri bicara sendiri buat keputusan..

Yang dibatalkan kerana tidak ikut peraturan, bukannya kerana menghalang kuasa speaker.

Shukri Hamat said...

habis tu kalau tak mahu terima keputusan mahkamah, nak terima keputusan keling speaker tu. Buat lah mahkamah bawah pokok pula... Jangan jadi bodoh macam pak pandir, menang sorak kampung tergadai

Putra IJ80 said...

kluangman said...
Poorahhh... bila tidak menyebelahi, di katakan bahaya...

Shukri Hamat said...
habis tu kalau tak mahu terima keputusan mahkamah,

Eee!!dey!!Kluag,Shukri!!

Kalau keputusan tidak mengikut garis panduan(Standard Practise/Guide line).

Lain kali kalau jadi perkara yang sama ,maka peraturan mana yang hendak di terima pakai????

Itu persoalannya.,masa kita masih panjang.

Kena kat orang lain kita bole pandang senyum.

Kena kat Mak Bapak kita atau kena kat adek beradek kita ,macam mana?

Ia tidak merujuk Kes ni sahaja.,sebab kalau yang ini bole yang lain pon tentu bole.Kan?kan?

Jgn Maree!!

Unknown said...

Benda yg berserabut ni tak parah dan merosakan lain2 system sekiranya Sultan tegas dan telus. Persoalan dan tentu dapat diselesaikan ..lama dah.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese