11 April 2009

Ibrahim Ali tunggu Umno masuk meminang

KB: Anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali menunggu 'pinangan' daripada pimpinan Umno, untuk membolehkan beliau kembali menyertai parti yang pernah dianggotainya sebelum dipecat tujuh tahun lepas.

"Saya tidak akan meminang Umno, kecuali Umno yang meminang saya. Hingga kini saya tidak ada ilham lagi (bila ia akan berlaku)," katanya kepada pemberita ketika ditanya kedudukannya sama ada mahu mengekalkan status sebagai satu-satunya anggota Parlimen Bebas atau ingin kembali semula kepada Umno.

Bagaimanapun, beliau menegaskan tidak akan terburu-buru menerima pinangan itu, sekiranya ada, dan akan mempertimbangkannya terlebih dahulu.

"Saya akan timbang semasak-masaknya terlebih dahulu kerana sebarang keputusan yang dibuat secara tergopoh-gapah akan menyebabkan seseorang cepat jatuh," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan ke-7, Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) di sini, Jumaat.

Ibrahim, 57, digugurkan daripada jawatan Ketua Umno Pasir Mas pada 22 Nov 2003 dan kemudian digantung keanggotaannya seumur hidup dalam Umno kerana bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya umum ke-11, Mei 2004. Beliau bagaimanapun tewas kepada calon PAS, Ismail Noh.

Beliau sebelum ini membayangkan akan membuat 'satu kejutan' terhadap senario politik dan menunggu bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melakukannya terlebih dahulu.

Dr Mahathir mengumumkan menyertai semula Umno semasa perhimpunan Agung Umno 2008, Mac lepas. / Bernama


Saya tidak akan meminang Umno, kecuali Umno yang meminang saya

1 comment:

Anonymous said...

tunggu apa lagi brahim, pak tiri hang dah masuk semula ke dalam amano ...

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese