03 March 2009

Video Kerajaan Nizar Bersidang Di bawah Pokok



Meskipun di halang oleh polis dan penyokong Barisan Nasional, kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Perak tetap mengadakan sidang tergempar Dewan Undangan Negeri di bawah sebatang pokok, dalam serba kekurangan tetapi menepati semua peruntukan perlembagaan.

Segala jentera Barisan Nasional, malah penyokong UMNO sendiri dikerah untuk menghalang sidang tergempar itu. Bangunan Perak Daruk Ridzuan yang menempatkan Dewan Undangan Negeri di tutup sejak semalam dalam usaha membatalkan siding tergempar berkenaan.

Namun Menteri Besar Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Speaker DUN V.Sivakumar dan ADUN-ADUN PAS, Keadilan dan DAP mengharungi semua kekangan itu untuk menegakkan kuasa perlembagaan dan undang-undang tubuh kerajaan negeri. ...Lagi (sini)

3 comments:

Anonymous said...

bersidang tidak semestinya di dewan DUN, dimana mana pun boleh. cuma syaratnya ada MB dan ADUN yang cukup dan ada speaker yang sah, peduli UMNO keparat tu?..

Anonymous said...

Sejarah Politik Perak akan kekal hingga ke akhir hayat,
Speaker Sivakumar.
Adun yang terlibat.
Anggota FRU dan kereta kereta yang terlibat sila ambil nombor.
Pemerhati, dapatkan nama mereka serta jumlah yang hadir.
Luas kawasan persidangan dan lokasi.
Pokok dan sebarang yang bolih dijadikan peringatan seperti peralatan yang digunakan semasa persidangan akan kekal menjadi sejarah politik negeri Perak.
Hebat Yob macam zaman pengistiharan demokrasi di Greece kalau anda mengunjungi Athen jangan lupa ketempat pengistiharan demokrasi dan kalau anda ke Ipoh jangan lupa melawat pokok demokrasi dan kawasan yang terlibat.
Setiap yang berlaku adalah dengan kehendak ALLAH.

Anonymous said...

mahatma gandhi
nekad mengadakan mesyuarat parti kongres india
di pondok fakir miskin
mengadakan ceramah
di stesen keretapi, di tepi pantai, di bawah pokok
dgn berkaki ayam mengingati berjuta2 rakyat miskin india
berjaya menumbangkan kerajaan british yg zalim
hanya dgn bersenjatakan keADILan
sudah tiba masa utk kita
mencipta sejarah !!

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese