KETIKA para pemimpin Umno sedang menumpukan perhatian ke Dewan Merdeka PWTC, empat pemimpin tertinggi parti pembangkang negara ini bertemu secara eksklusif di Kota Bharu Kelantan.
Pertemuan yang berlangsung dari jam 8:30 pagi hingga 11:00 pagi itu dikatakan penting bagi membincang satu idea berhubung perkembangan politik semasa. Pertemuan itu juga diasakan dalam keadaan tergesa-gesa.
Tidak ada kenyataan akhbar dikeluarkan selepas pertemuan berkenaan. Media massa juga tidak dimaklumkan pertemuan berkenaan.
Sementara itu blog ini difahamkan pertemuan selama kira-kira 2 jam itu dalam semangat kekeluargaan dan ukhwah. Disebabkan sumber meminta agar butiran itu disembunyikan menyebabkan blog ini tidak bercadang untuk mendedahkannya sebelum tiba masanya. - link
No comments:
Post a Comment