25 March 2009

Pakatan Rakyat serah memorandum bantah gantung Harakah dan Suara Keadilan



Mahfuz Omar: Pakatan Rakyat hari ini menyerahkan memorandum bantahan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berhubung penggantungan permit Harakah dan Suara Keadilan.

"Sudah tiba masanya kuasa memberi dan menarik permit sesebuah penerbitan bercetak diserahkan kepada mahkamah bukan kepada menteri.

"Jika kuasa masih berada di tangan menteri, apa yang berlaku hari ini akan berulang lagi di mana tindakan menggantung permit Harakah dan Suara Keadilan yang jelas bermotif politik,"

Saya juga menegaskan Malaysia perlu mencontohi negara-negara maju yang lain di mana sesiapa saja atau mana-mana pertubuhan boleh menerbitkan akhbar dengan syarat perlu sanggup menghadapi risiko diheret ke mahkamah.

Jika situasi itu dibenarkan di negara ini perkembangan informasi dan sebahagian dari kedaulatan demokrasi dapat ditegakkan.

Harakahdaily : Pakatan Rakyat serah memorandum bantah gantung Harakah dan Suara Keadilan

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese