Datuk Najib, bakal perdana menteri, tegas tidak mahu memansuhkan PPSMI.
Datuk Muhyiddin Yassin, bakal timbalan perdana menteri, sudah melafazkan janji setianya kepada Datuk Najib. Dia akan patuh apa jua kehendak Najib.
Datuk Hishamuddin tegas tidak mahu memansuhkan PPSMI.
Sembilan puluh peratus (90%) anggota Majlis Tertinggi (MT) yang baru dipilih adalah penyokong Datuk Najib. Mereka akan menjaga kepentingan kedudukan masing-masing dengan tidak menentang apa-apa sahaja kehendak Datuk Najib.
Apabila Datuk Najib memilih anggota kabinet barunya nanti, dia akan memilih menteri pelajaran yang menyokong dasar PPSMI.
Jika menteri pelajaran itu membawa isu PPSMI ke kabinet, maka kabinet baru itu nanti adalah kabinet Datuk Najib. Tidak akan ada menteri yang berani menolak kehendak Najib.
- UNIKA PTS
No comments:
Post a Comment