Menurut kenyataan pihak polis yang lalu, 5 jalan akan ditutup sempena hari penamaan calon. Jalan yang terlibat ialah Jalan Sultan Mansur, Jalan Kota, Jalan Taming Sari, Jalan Temenggong dan Jalan Berek.
Kesemua jalan tersebut akan ditutup bermula 28 Mac 2009 (Sabtu) pukul 12 tengah malam sehingga pukul 1 petang pada 29 Mac 2009 (Ahad). Orang ramai tidak dibenarkan melalui jalan-jalan tersebut serta dilarang meletak kenderaan disepanjang jalan sehingga proses penamaan calon selesai.

Arahan-arahan akan diberikan oleh Ketua Perarakan di sana. Setelah semua berkumpul, Calon PAS akan diarak ke Pusat Penamaan Calon. Calon bersama pimpinan tertinggi parti akan memasuki Pusat Penamaan Calon sementara penyokong-penyokong PAS akan berkumpul di kawasan yang telah ditentukan sehinggalah proses penamaan calon selesai diumumkan. Penyokong-penyokong digalakkan membawa bendera parti masing-masing sebanyak mungkin. Ucapan-ucapan daripada pimpinan parti akan disampaikan sementara proses penamaan calon selesai diumumkan. Sumber: prk029.pas.org.my/ misbah.blogspot.com
No comments:
Post a Comment