22 March 2009

Mat Taib Faham Soalan Peperiksaan Dalam Bahasa Inggeris Semasa di UM Tapi...

Bekas Menteri Besar Selangor dan calon Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib berlagak defensif apabila kemampuan beliau menguasai Bahasa Inggeris dipersoalkan.

Sepatutnya beliau buktikan kemampuan untuk bertutur dalam bahasa Inggeris bagi menjawab pengkritik beliau tetapi sebaliknya bermegah dengan pencapaian akademiknya semasa menuntut di Universiti Malaya.

“Saya memang sedar orang bercakap mengenainya tetapi keadaan ini akan berubah apabila seseorang menyokong sesebuah parti," kata beliau menjawab komen seorang pelajar yang mempertikaikan kredibilitinya kerana tidak fasih berbahasa Inggeris pada satu kursus kepimpinan Kelab Umno Luar Negara.

Muhammad menyebut beliau merupakan graduan ijazah kelas pertama dalam bidang Sejarah daripada Universiti Malaya sebagai bukti beliau mahir dalam bahasa tersebut.

“Semua peperiksaan dijalankan dalam bahasa Inggeris: Peperiksaan London Cambridge dan Peperiksaan Malaysia Cambridge ,"tambah beliau

Muhammad juga berkata beliau berjaya mewujudkan puluhan jutawan di negeri Selangor dan membawa masuk pelaburan dari Taiwan, Korea and Amerika Syarikat semasa menjadi Menteri Besar.

“Saya kini hanya Menteri Luar Bandar dan Pembangunan Wilayah, mungkin sebab itu anda hanya membaca sedikit sahaja berita mengenai saya. Cuba berikan saya Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri,” usik beliau.

Yang menjadi tanda tanya apa hubungan kejayaan mewujudkan kumpulan jutawan dan membawa masuk pelabur dengan kemampuan berbahasa Inggeris.

Jika Muhammad berkata beliau faham semua soalan peperiksaan dalam bahasa Inggeris maka tidakkah beliau berbohong kepada pihak berkuasa Australia apabila beliau mengaku tidak faham peraturan dalam bahasa Inggeris semasa disoal siasat berhubung wang berjumlah RM2.4 juta yang dibawa masuk ke negara tersebut?

Peristiwa beliau ditahan di lapangan terbang Brisbane, Australia pada tahun 1996 menggegarkan negara apabila beliau ditahan atas kesalahan membawa wang yang tidak isytiharkan sebanyak RM2.4 juta.

Beliau yang masih menjadi Menteri besar ketika ditahan dikatakan membawa wang tersebut dalam sebuah guni dan menurut laporan media Australia wang itu bukan kepunyaannya tetapi milik adiknya untuk urusan pembelian ladang lembu di sana. TVAntara

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese