24 March 2009

Masa Depan Perak Dimulakan Dari PRK Bukit Gantang

Ucapan Timbalan Presiden PKR Majlis Isytihar Calon PAS Bukit Gantang



http://buletinonline.net/images/stories/berita2/azmin1.jpgBukit Gantang - Tindakan menggantung permit mencetak Harakah dan Suara Keadilan adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab dan melumpuhkan demokrasi dalam negara ini.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata ianya satu petanda yang buruk kepada bakal Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak diambil peralihan kuasa yang akan berlaku tidak lama lagi.

“Ia satu petanda yang tidak baik untuk Najib, walaupun belum menjadi Perdana Menteri, tetapi sudah mula menunjukkan sikap rakus, menyempitkan ruang demokrasi dinegara ini,”kata beliau kepada pihak media sebelum Majlis Perisytiharan Calon PAS bagi Pilihanraya KecilBukit Gantang, semalam.

Beliau berkata tindakan kerajaan UMNO dan Barisan Nasional itu adalah tindakan menghalang kebebasan media dan sekaligus menghalang suara rakyat.

Namun, katanya, pihaknya akan berhubung dan berbincang dengan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri berkenaan perkara tersebut.

Beliau juga kesal dengan pihak keselamatan yang tidak membenarkan beliau berucap pada Majlis tersebut yang diadakan di Padang Taman Kota Jaya dekat sini.

Walaupun begitu, beliau tetap berucap dalam majlis itu dan berkata, sekiranya perbincangan ‘menarik balik’ penggantungan Suara Keadilan gagal, PKR akan tetap mencetak akhbar tabloid yang menjadi lidah rasmi parti itu.

Beliau yang mewakili Ketua Umum PKR Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata PKRakan memberikan sokongan yang kuat dan pasu kepada siapa pun calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat dalam PRK Bukit Gantang.

“Saya tampil mewakili Parti Keadilan Rakyat, siapa juga calon yang akan diumumkan sebentar nanti, Keadilan akan memberikan sokongan yang kuat dan padu,

“ini semangat dan prinsip yang kita pertahankan dalam pemuafakatan Pakatan Rakyat,”katanya.

Katanya calon yang akan diumumkan bukan sahaja mewakili PAS tetapi akan mewakili seluruh pengundi Melayu, Cina dan India dalam parlimen Bukit Gantang.

Beliau juga mahu seluruh pengundi parlimen Bukit Gantang menjadikan pilihanraya kecil kali ini untuk memberi isyarat dan amaran kepada kerajaan UMNO dan BN sesungguhnya masa depan negeri Perak bermula di Bukit Gantang dan ditentukan oleh rakyat negeri perak sendiri.

“Masa depan negeri Perak bukan ditentukan oleh Pemuda UMNO, masa depan negeri Perak bukan ditentukan oleh taukeh-taukeh syarikat-syarikat besar,

“tetapi masa depan negeri Perak bermula di Bukit Gantang, ditentukan oleh
rakyat negeri Perak sendiri.”tegasnya

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese