Ucapan Dato' Ngeh Koo Ham Majlis isytihar calon PAS Bukit Gantang
Bukit Gantang – Partai Tindakan Demokratik (DAP) mahu rakyat Perak khususnya pengundi Bukit Gantang menolak UMNO/BN Habis-habisan.
Pengerusi DAP Perak, Dato’ Ngeh Koo Ham nerkata demikian dalam ucapannya di Majlis Perisytiharan Calon PAS bagi pilihanraya Kecil Bukit Gantang, di Padang Taman Kota Jaya, dekat sini semalam.
Beliau turut memberikan perakuan menyokong penuh calon PAS, walaupun belum mengetahui siapakah calon yang akan diumumkan.
“Malam ini saya bagi pihak DAP, ingin menyatakan sokongan sepenuhnya, sokongan padu kami,
“kepada sesiapa pun yang calon akan diumumkan oleh PAS untuk bertanding di kawasan parlimen Bukit Gantang ini,”katanya.
Beliau yang juga Exco kanan kerajaan Pakatan Rakyat Perak berkata pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang adalah penting sebagai satu ‘justifikasi’ kepada tindakan UMNO/BN merampas kuasa negeri Perak.
“Pemilihan ahli parlimen bukit gantang kali ini adalah amat penting, kerana inilah satu-satunya peluang kepada rakyat,
“menunjukkan kepada BN samada cara merampas kuasa di negeri Perak boleh diterima oleh rakyat atau tidak,
“kita perlu mengundi calon PAS kali ini, sekiranya tidak, undi kita akan memberitahu BN mereka boleh merampas kuasa dengan sesuka hati”ujar beliau
2 comments:
Adalah wajar pengundi dan rakyat Perak menolak habis habisan BN di bumi Perak kerana agenda DAP untuk membonekakan PAS dan PKR akan berterusan dan calon yang sesuai untuk terus diboneka ialah Nizar.
Syabas dan tahniah kepada Hadi Awang yang gagal ikut nasihat Nik Aziz.
PAS rendahkan pandangan ulamak sendiri dengan menerima cadangan Anwar dan DAP.
Tak habis-habis isu boneka, tak ada modal sebenarnya. Rakyat yang wajar menerima bantuan dari semua bangsa tidak terpinggir di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat. Ini berbeza dengan BN yang hanya mengenyangkan diri sendiri dan kroni. BNlah yang
'membonekakan' rakyat selamat ini.
Dan UMNO menggunakan sentimen perkauman, mengapi-apikan orang Melayu supaya membenci orang China dan India sedangkan mereka 'tidor sebantal' dengan MCA, MIC, Gerakan dan PPP. Dasar orang yang tiada pendirian.
Post a Comment