03 March 2009

Langsung dari Ipoh, Sidang media di pejabat DAP

Please Refresh The Page Everytime You Enter

12.04pm - Dibawah pokok inilah Sidang DUN Tergempar yang bersejarah diadakan hari ini oleh pejuang-pejuang demokrasi negeri Perak diketuai oleh YAB dato' Seri Nizar Jamaludin dan V. Sivakumar, Dato' Ngeh serta rakan-rakan ADUN Pakatan Rakyat yang lain.

11.15am - Persidangan Tergempar DUN yang bersejarah telah mendapat perhatian seluruh negara malah seluruh dunia. Komen-komen yang diberikan oleh pengunjung blog anilnetto mencatatkan ramai ahli dan penyokong UMNO-BN berasa malu dengan keadaan yang berlaku di negeri Perak. Wakil-wakil rakyat yang dipilih rakyat bersidang dibawah pohon, sehingga menitiskan airmata beberapa insan yang menyaksikannya

11.13am - Nizar akan mengadap Sultan Perak untuk mempersembahkan keputusan Sidang DUN Tergempar pada hari kini

11.11am - Dalam sidang media di pejabat DAP, Menteri Besar Pakatan Rakyat, Nizar berkata wakil-wakil akyat bersidang dibawah pokok kerana dihalang memasuki DUN, namun tanggungjawab berdasarkan arahan speaker dilaksanakan untuk kepentingan rakyat

11.03AM - Sidang media sedang berlangsung di pejabat DAP, beberapa ratus orang ramai masih berkumpul dan menunggu di hadapan bangunan tersebut, untuk perkembangan lanjut.

anilnetto.com/

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese