SIDANG DUN BERSEJARAH NEGERI PERAK DIADAKAN DIBAWAH POKOK, DI TEMPAT LETAK KERETA 50 METER DARI BANGUNAN SUK PERAK
11.03AM - Sidang media sedang berlangsung di pejabat DAP, beberapa ratus orang ramai masih berkumpul dan menunggu di hadapan bangunan tersebut, untuk perkembangan lanjut.(Gambar - Sidang Tergempar DUN sebentar tadi, kelihatan Speaker DUN, Sivakumar dan disebelahnya Ustaz Misbahul Munir, yang dilantik memangku tugas SU DUN semalam)
10.52am - Seramai lebih kuran 1,000 telah menyaksikan Sidang DUN Tergempar Negeri Perak yang menjadi sejarah demokrasi negara Malaysia. Mereka bersurai dengan aman.
10.46am - Hari Ini Dalam Sejarah, 3 Mac 09 di Ipoh Perak ". untuk dikenangi dan diingati buat selama-lamanya di tanahair kita yang kita cintai, bermula hari ini
10.37am- Seorang penyokong mempamirkan kad sokongan yang berbunyi ' Dunia Sedang Melihat'
10.30am - Sidang tergempar DUN ditangguhkan. Speaker akan mengadakan sidang media di ibu pejabat DAP sebentar lagi.
10.25am - Usul kedua dibentangkan , usul membubarkan DUN, diluluskan sebulat suara
10.23am - Usul pertama dibentangkan sebentar tadi - menyatakan undi percaya kepada Menteri Besar Pakatan Rakyat, Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin - diluluskan dengan sebulat suara.
10.21am - Persidangan dijalankan dengan 'formal' dan aturan Dewan, para ADUN memanggil Siva dengan panggilan Yang Dipertua. Sidang tergempar DUN diadakan di tempat letak kenderaan depan Bangunan Perak Darul Ridzuan Ia diadakan di bawah sepohon pokok, dan semua 27 wakil rakyat Pakatan termasuk menteri besar mereka hadir dengan dipengerusikan oleh Speaker yang berpakaian rasmi. Tiada kerusi untuk semua 28 ahli DUN tersebut.
10.17am - Persidangan dimulakan dengan bacaan doa, seramai lebih 600 orang menyaksikan persidangan bersejarah tersebut
10.16am - Speaker, V Sivakumar baru sahaja mengumumkan beliau akan mengadakan sidang DUN Tergempar disatu lokas kawasan lapang i dalam jarak 50 meter dari pintu pagar Pejabat SUK, dibawah teduhan beberapa pokok.
10.01am - Dalam pada itu di mahkamah Tinggi Ipoh, Hakim yang mendengar saman kerajaan haram BN adalah Ridwan Ibrahim. Peguam-peguam dari kedua-dua pihak telah berada dalam kamar hakim sejak 20 minit lalu.
9.57am - Semua ADUN Pakatan Rakyat berundur ke pejabat DAP bertentangan dengan pintu masuk pejabat SUK, Dato' Ngeh dari DAP berkata mereka akan mengadakan sidang media di situ.
9.52am - Masa lima minit sebagaimana diarahkan bersurai telah berlalu, lori meriam air sedang bergerak menghadap orang ramai, namun tidak ada seorang pun yang berganjak
9.50am - Polis menggunakan pembesar suara telah mengarahkan hanya 'Speaker' sahaja yang dibenarkan masuk???? Buat apa hanya speaker yang masuk tanpa ADUN-ADUN!
9.47am - Ketua polis Ipoh, Azisman Alias enggan berunding dengan kumpulan wakil-wakil rakyat Pakatan, dengan menyatakan tiada sesiapa dibenarkan masuk. Polis mengundurkan wakil-wakil rakyat dari pintu masuk utama Bangunan Perak Darul Ridzuan, yang menempatkan DUN. Suasana kelam-kabut.Polis mengarahkan himpunan bersurai atau akan ditembak dengan meriam air !
9.46am - Jeritan 'Hidup Rakyat.... Hidup Rakyat kedengaran
9.37am - Laporan akhbar The Star semalam mengatakan, MB Pakatan Rakyat, Nizar berkata Sidang Tergempar DUN boleh diadakan dimana-mana sahaja, walaupun dikedai kopi sebagaimana kata Majlis Peguam. Beberapa ADUN Pakatan Rakyat dilihat berada di tempat kejadian sekarang.
9.31am - Pergaduhan kecil berlaku diantara penyokong UMNO dan Pakatan Rakyat berhampiran bangunan SUK Perak, jeritan 'kurang ajar' dapat didengari, namun tidak dapat dipastikan kerana terlalu ramai pihak media di hadapan bangunan tersebut.
9.25am - Kumpulan peguam yang mewakili kerajaan haram BN dimahkamah Tinggi Ipoh adalah Dato Hasfarizam b Harun, Faizul Hilmi, Ahmad Zamri and Badrul Hishah b Abdul Wahab.
9.11am – Lori FRU mengadakan halangan dihadapan bangunan SUK Perak. Lebih 1000 orang kini berkumpul dihadapan bangunan tersebut. Orang ramai yang menungg, berharap ADUN-ADUN dari Pakatan Rakyat akan muncul untuk Sidang Tergempar yang dijadual pada jam 10.00am
9.05am - Keadaan jalanraya di Ipoh penuh sesak, Jalan Istana dimana bangunan Perak Darul Ridzwan terletak telah ditutup kepada semua lalu lintas.
Speaker, V Sivakumar berada di mahkamah Tinggi Ipoh. Beliau diwakili oleh lima orang peguam, diketuai oleh peguam perlembagaan Tommmy Thomas dan dibantu oleh Chan Kok Keong, Agustine Anthony, Philip Koh Tong Ngee dan peguam kelima
8.41am - Gambar diatas adalah gambar terbaru bangunan Perak Darul Ridzwan pagi ini. Lebih 150 orang polis sedang mengepung bangunan Perak Darul Ridzwan. Sekatan jalan raya di pertingkat dan tiada sebarang kenderaan yang dibenarkan melalui berhampiran dengan bangunan Perak darul Ridzwan
8.29am - Pintu masuk ke Dewan Undangan Negeri Perak telah dikunci dan dihalang oleh Pasukan Simpanan Persekutuan, kerajaan UMNO-BN yang merampas kuasa pada 5hb Februari lalu cuba menghalang Sidang DUN Tergempar yang dipanggil oleh Speaker, V.Sivakumar.
Dapat Sidang DUN Tergempar diteruskan? Zambry dan konco-konconya cuba mendapatkan perintah mahkamah pagi ini untuk menghalang Sidang DUN Tergempar tersebut.
Catatan secara langsung hari ini akan menyerlahkan samada Keadilan dapat ditegakkan dengan kebijaksanaan.
anilnetto.com/
No comments:
Post a Comment