21 March 2009

Fairus letak jawatan Timbalan Ketua Menteri

Harakahdaily : Fairus letak jawatan TKM Pulau Pinang

PETALING JAYA: Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohamad Fairus Khairuddin telah meletakkan jawatannya berkuatkusa 8 April ini.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang telah pun menerima surat peletakan jawatan peletakan tersebut.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan sebab peletakan jawatan Mohamad Fairus.

Semalam, Lim berkata, beliau meluluskan permohonan Mohamad Fairus atas permintaan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebelum itu, beliau menafikan desas desus kononnya timbalannya itu telah dipecat dan menegaskan bahawa buat masa ini beliau tidak bercadang untuk menukar timbalannya. - mStar

1 comment:

Anonymous said...

Anwar tidak sepatutnya mencampuri urusan pentadbiran negeri yg ditadbir PR. Beliau sepatutnya memberi ruang yg secukupnya kpd sesiapa saja yg dilantik (pemimpin dr kalangan PKR)membuktikan kemampuan masing2. Anwar seolah2 cuba menonjolkan hanya dia yg terbaik. Walaupun hakikatnya HAMPEH!!! Tengok sajalah apa yg berlaku di Perak. Renung2kan...

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese