21 March 2009

Calun N.25 Bukit Selambau memenuhi syarat.

TVAntara : Majlis Pengumuman Calon PR Bukit Selambau

Zulkifli Noordin: Calun N.25

Saya menyokong penuh pemilihan Sdr. S.Manikumar sebagai calun Pakatan Rakyat untuk kerusi N25 Bukit Selambau.

Selain memenuhi syarat yang ditetapkan, saya percaya pemilihan beliau dibuat dengan keyakinan beliau mempunyai latarbelakang peribadi yang kredibel dan berwibawa yang tidak boleh diganggu gugat atau dieksploitasi oleh mana-mana pihak.

Saya percaya faktor keupayaan mempertahankan kedudukan beliau selepas kemenangan juga telah diambil kira. Apatah lagi keputusan dibuat setelah mengambil kira latarbelakang 15 calun lain dan setelah perundingan dibuat dengan YAB Menteri Besar Kedah.

Saya berpendapat perbuatan segelintir mereka yang membantah adalah tidak berasas sama sekali. Saya sangat yakin S.Manikumar tidak akan mengenepikan kepentingan kaum India apabila beliau terpilih nanti.

Saya melihat bantahan yang dikemukakan lebih bersifat mementingkan diri atau kumpulan sendiri. Apatah lagi sesiapa yang memenangi kerusi N25 secara automatik akan dilantik sebagai Exco. Sudah tentu habuan kedudukan itu menjadikan kerusi N25 menjadi rebutan.

Namun saya percaya semua pihak yang berkenaan akan menerima keputusan yang telah dibuat.

Apa yang penting sekarang adalah semua ahli dan penyokong Pakatan Rakyat perlu bekerja keras memastikan kemenangan kepada calun yang telah dipilih iaitu Sdr. S.Manikumar.

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese