04 February 2009

Wartawan Harakah bidas laporan Bernama - Malaysiakini

Wartawan Harakah, Irwan Mohd Zain membidas Bernama kerana mengeluarkan laporan belum sahih tentang pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak seperti yang dipetik semua media elektronik di negara ini sebentar tadi.

Menteri Besar Perak, Nizar Jamaluddin memang akan membubarkan Dun tetapi masih menunggu perkenan Tuanku Sultan Perak untuk berbuat demikian. Beliau melihat, apa yang dilakukan oleh Bernama itu sebagai tindakan tidak beretika agensi berita milik kerajaan itu.

Dalam perkembangan lain, ADUN Teja Chang Lih Kang turut mengesahkan bahawa laporan Bernama itu tidak betul kerana sehingga kini Menteri Besar belum mengumumkan pembubaran DUN Perak, demikian lapor Anis Nazri dari meja nasional Harakah Kuala Lumpur. - Tarmizi Mohd Jam

1 comment:

pemerhati sepi said...

Di dalam media elektronik iaitu TV3suku.. ketika najibtuya mengumum nama mereka yang menjadi katak puru.. 2 ekor katak dari PKR tersenyum kambing.. manakala jelas diwajah Dato Nasa (Adun Bota) seolah-olah tidak gembira.. MENGAPA YA..

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese