04 February 2009

Terserah kepada Sultan Perak, kata Mohd Nizar - Malaysiakini

Sultan Perak akan buat keputusan esok - Siasah

8.00 malam
: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaludin memaklumkan, Sultan Perak dijangka akan membuat keputusan berhubung dengan permohonan beliau untuk membubarkan Dun Perak besok.

Beliau berkata, Sultan Perak meminta tempoh untuk membuat keputusan permohoan itu untuk membolehkan baginda membuat rujukan terhadap beberapa perkara.

Nizar memberitahu perkara ini kepada pemberita yang menyerbu beliau selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan pimpinan PAS, Exco dan Adun Pakatan Rakyat Perak di Pejabat Perhubungan PAS Perak dekat sini.

Menurut Nizar, pertemuan itu berjalan dengan baik sekali dan beliau amat terharu dengan cara Sultan Perak mengendalikan hal ini.

"Saya amat terharu apabila di hujung pertemuan itu apabila Baginda Sultan berkata kepada saya dengan membaca satu potong ayat Al Quran," katanya.

Ayat itu yang bermaksud "Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar."

6.30 petang : Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaludin telah keluar dari Istana Kinta jam 5.45 petang dengan memaklumkan dia telah menyerahkan segala apa yang perlu untuk ditimbang oleh Sultan Perak.

Beliau belum lagi membuat kenyataan lanjut.

Adalah difahamkan, Sultan telah menangguhkan keputusan terhadap permohonan beliau untuk membubarkan Dun Perak.

Ini bermakna, beliau telah tidak berjaya untuk mendapatkan persetujuan Sultan untuk membubarkan Dun Perak hari ini.

Malaysiakini: 5:35pm Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin kelihatan meninggalkan Istana Kinta di Ipoh selepas menghadap Sultan Perak.

Beliau menyatakan ringkas "terserah kepada tuanku" kepada pemberita di luar pintu masuk istana.

1 comment:

Anonymous said...

Harap2 tuanku sultan berkenan dan menerima permintaan MB kiter untuk membubarkan dewan demi kesejahteraan dan kebaikkan rakyat jelata.DAULAT TUANKU,DAULAT TUANKU,DAULAT TUANKU.
Harap sultan dapat berfikir dengan jernih dan tidak terpengaruh dengan unsur luar terutama UMNO keparat dan NAJIB ALTANTUYA Al-Monggolia.......
dan orang yang benci kepada keadilan untuk smua.....

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese