Menurut penduduk setempat asalnya jalan itu adalah Jalan Kelang Lama yang mereka lalui sejak puluhan tahun tanpa tol.
PJ: Lebih 200 penduduk setempat dan pemimpin pembangkang berdemonstrasi bantah kerajaan yang hanya memansuhkan bayaran tol Lebuhraya Pantai Baru (NPE) menghala ke Kuala Lumpur sahaja sedangkan lebih 30 ribu pengguna harian melalui jalan tersebut menghala ke Bandar Sunway masih dikenakan bayaran RM1.60 sehala.
Antara yang hadir dan memberi ucapan adalah MP Kelana Jaya Loh Gwo Burne.
Menurut penduduk setempat asalnya jalan itu adalah Jalan Kelang Lama yang mereka lalui sejak puluhan tahun tanpa tol.
Mereka tidak membantah kutipan tol di lebuhraya bertingkat berdekatan.
Menurut tinjauan KLpos yang membuat liputan berhampiran tol menghala ke Bandar Sunway mendapati pengguna yang melalui kawasan tersebut membunyikan hon tanda sokongan.
Sebelum kerajaan mengumumkan memansuhkan kutipan tol beberapa hari lepas, Umno bahagian Petaling Jaya Selatan telah berdemonstrasi dua kali bagi membantah kutipan tol tersebut.
Setelah dimansuhkan tol tersebut orang ramai termasuk semua penyokong parti kerajaan dan pembangkang meraikan kejayaan mereka dengan mengibarkan bendera parti masing-masing.
Dua hari lepas kerajaan mengumumkan utipan tol Petaling Jaya Selatan 2 arah Kuala Lumpur, Lebuh Raya Pantai Baru (NPE) dimansuhkan berkuat kuasa serta-merta.
Keputusan tersebut diumumkan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ir. Mohd Zin Mohamed.
- KLpos.com
1 comment:
MP Kelana Jaya Loh Gwo Burne.... need to improve ur bahasa la.. now you are as wakil rakyat... malula x tau cakap bahasa kebangsaan..u are mp of malaysia not singapore!!!
Post a Comment