15 February 2009

Malam Ini: Himpunan Rakyat Pertahan Kerajaan Perak (live) - Malaysiakini

Himpunan Rakyat Pertahan Kerajaan Perak

Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS
YB Salahuddin Ayub, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat
Ustaz Misbahul Munir Masduki, Setiausaha Politik MB Perak

15 Februari 2009, jam 9.30 malam
Markaz Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar

Siaran langsung : WebTV1

Tok Guru Nik Aziz pada "Himpunan Rakyat Pertahan Kerajaan Perak"

MURSYIDUL Am PAS, YAB Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menyampaikan ceramah pada Himpunan Rakyat Pertahan Kerajaan Perak sempena 'Hari Memperingati Kezaliman BN' di Markaz Tarbiyah PAS Pusat Taman Melewar, 15 Feb, Ahad jam 9.30 malam.

Program anjuran Jabatan Pilihan Raya PAS Wilayah Persekutuan (JPN) dengan kerjasama PAS Kawasan Batu turut mengundang Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub dan Setiausaha Politik Menteri Besar Perak yang sah, Ustaz Misbahul Munir Masduki bagi mengupas isu terkini pergolakan politik di Perak.

Menurut Pengarah JPN PAS Wilayah, Haji Ishak Surin, program ini julung kali diadakan dan berkebetulan dengan krisis yang melanda Pakatan Rakyat Perak, maka kesempatan ini digunakan untuk menjelaskan kedudukan sebenar krisis tersebut kepada warga kota.

Selain mereka, PAS juga kata Ishak, mengundang adik Allahyarham Dr. Burhanuddin Al-Helmy iaitu Dr. Norbit Mohd Nor untuk menyampaikan ceramah bagi mewakili keperitan hidup para pemimpin PAS yang dizalimi sebelum ini, termasuk abangnya, Allahyarham Dr. Burhanuddin yang menderita sakit ketika dalam tahanan ISA. Wakil Pusat Sokongan Keluarga ISA, Norlaila Osman juga akan menyampaikan ceramah bagi pihak mereka yang masih ditahan ISA.

Tegas beliau, jika mahu disenaraikan kekejaman BN terhadap PAS, sejak bermulanya perjuangan hingga kini, terlalu banyak derita yang diharungi oleh pemimpin terdahulu.
"Ada yang pulaukan masyarakat. Ada yang diherdik, dihina dan dijerkah. Lebih teruk dari itu, ada yang ditahan ISA, dibuang daerah malah ada juga yang dibunuh seperti Tragedi Lubuk Merbau dan Tragedi Memali," ujar beliau.

Orang ramai dijemput hadir untuk mendapatkan maklumat terkini khususnya pergolakan politik di Perak dan nasib kerajaan "haram" Dr Zamry Abdul Kader yang dijulang oleh BN.

Pada program itu juga, Tuan Guru Nik Abdul Aziz akan melancarkan buku Telaga Budi susunan Setiausaha Politiknya, Anual Bakri Haron. Ia diterbitkan oleh Anbakri Publika Sdn. Bhd. Hadirin boleh mendapatkan senaskah pada malam itu dan akan dijual dipintu masuk utama dewan. - Tarmizi Mohd Jam

6 comments:

Quantum Metal Consultant said...

Elok jauhkan diri dari majlis majlis yang penuh dengan fitnah dan maksiat macam ni.

Ucapan menghasut dan penuh dengan buruk sangka tidak ada keberkatan. Yang ada hanya jin yang bergantayangan.

Elok malam malam macam ni layan anak bini, siapkan homework anak anak sekolah supaya besar tidak menjadi penderhaka.

angkasanuri said...

kluang man orang ketinggalan zaman yang gerun dengan sokongan dan kebangkitan rakyat yang semakin menolak umno. Itulah kerja kau keluangman buatkan homework anak,mana le anak orang umno nak cerdik, homework anak bapak dia yang buatkan rupanya.patutlah Umno dulu kini dan selamanya tak cerdik.....

fivezal Shohor said...

bodo betul kluangman....ko ckp majlis nie mjlis fitnah dan maksiat...aperla punya orang bengong nk mampus...tue kalu majlis sure heboh tue aper kejadah...konsert2 yng laghro tue amender..majlis penuh keberkatan ker

Quantum Metal Consultant said...

Pandai pula kau sebut Sure Heboh sebagai majlis laghro...maaf aku pun tak pernah sampai ke situ. bagi aku sure heboh dengan majlis fitnah puak Pakatantipu Rakyat tu sama sahaja - menjahanamkan orang Melayu.

Janganlah jadi penyokong buta tuli pada mana mana parti politik dan menjadi pelacur untuk dipergunakan oleh pemimpin korup.

Anonymous said...

Salah satu melayu BANGSAT dalam Malaysia adalah KLUANGMAN. Bahasa macam tak ada MAK BAPAK tak pernah ajar.

peace.

mohd ali ismail said...

Kita tak payah pedulikan orang macam kluangman tu kerana dia dalam alamnya sendiri bergelumang dengan najis.Apa betul pada kita, salah pada dia.Bunuh orang dengan C4 tak salah.Rakyat bangkit kerana keadilan menjadi satu kesalahn yang besar yang bolih membawa kapda padah ISA.Setahu saya orang macam kluangman tu selalunya orang berpuashati dengan keadaan hidup nya dan semestinya tidak perpihak kapada pejuang keadilan.Saya banyak teman yang serupa dengan kluangman cuma mereka tu betul2 kaya kerana bersama UMNO selama ini,rezki datang bergolik.Saya tetap dengan TOK GURU Nik Aziz.Assalamualikum!

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese