05 February 2009

Perak: Tiga Peristiwa Penting - Malaysiakini

Berikut peristiwa yang sedang berlaku sekarang ini; Mohd Najib Razak berada di istana Perak untuk menghadap Sultan Perak Raja Azan Shah bagi memaklumkan BN sudah mendapat majoriti untuk tubuh kerajaan Perak baru. Beliau dilaporan tiba jam 9:50 pagi tadi dengan diiringi Timbalan Pengerusi Umno Perak, Zahid Hamidi.

Manakala di Mahkamah Tinggi Ipoh pula, Speaker V Sivakumar sedang melaksanakan proses undang-undang untuk menentukan apakah surat perletakan dua Adun, Jamaluddin Mohd Razi dan Othman Jailu yang diserahkan olehnya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya sah atau tidak.

Manakala di Jalan Raja Laut, Lujnah Politik PAS sedang mengadakan mesyuarat Lujnah Politik membincangkan perkembangan yang berlaku di Perak kini. Presiden PAS akan membuat kenyataan rasmi pertama berhubung senerio di Perak menjelang tengah hari.

Di Kerian Bagan Serai, Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi menghadiri majlis pelancaran Ladang Padi Contoh Guthrie. Majlis berkenaan disertai sama oleh Menteri Besar Perak, Mohamad Nizar Jamaluddin.

Kehadirian Nizar itu mungkin tugasannya selaku MB terakhir bersama Perdana Menteri?

Peristiwa malam ini pula, satu himpunan dan munajat di perkarangan kediaman rasmi MB Perak akan diakan. Dijangka ianya turut dihadiri Penasihat PKR, Anwar Ibrahim, semua MB Pakatan Rakyat. Majlis itu dianggapkan dihadiri 50,000 bagi menyokong kerajaan Pakatan Perak. - MSO

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese