Misbahul Munir Masduki : Malam tadi saya berceramah dengan YAB Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Taman Melewar, ribuan manusia menghadiri ceramah anjuran PAS Wilayah Persekutuan tersebut. Ucapan Tok Guru ringkas, tepat, padat dan cukup menarik. Beliau berucap lebih kurang 30 minit sahaja. Dalam ucapan seringkas 30 minit, beliau mengulas juga pergolakan politik di Perak. Antara yang diulas ialah isu MB Perak derhaka kepada Sultan. Menurutnya media membesarkan isu derhaka kepada Sultan, pada hal semua manusia adalah sama di sisi Allah, manusia yang bergelar rakyat apabila tidak mengerjakan suruhan Allah, dia akan berdosa. Manusia yang bergelar raja mahupun sultan juga berdosa, tidak ada keistimewaan di sisi Allah baik rakyat mahupun raja dalam soal yang berkaitan dengan syariat. Kewajipan tetap sama, larangan tetap juga sama. Raja sekalipun kalau minum arak, berjudi, berzina tetap berdosa dan wajib dikenakan hukuman yang setimpal berdasarkan syariat.
Di dalam Islam , sesama manusia derhaka ini hanya wujud antara anak terhadap kedua orang tuanya dan isteri terhadap suaminya. UMNO bising isu MB derhaka kepada Sultan, tetapi dalam masa yang sama bahkan sejak UMNO wujud lagi, ia sudah derhaka kepada Allah swt dan berterusan kederhakaannya kepada Allah. UMNO derhaka kepada Allah kerana menolak syariat, menolak Islam, menolak hukum hudud dan sebagainya. Perlakuan derhaka ini diperlihatkan melalui pertuturan dan perlakuan oleh pemimpin-pemimpin mereka, juga melalui dasar dan polisi yang ditentukan oleh mereka bagi menolak perlaksanaan syariat Islam.
Adakah Hj Nizar derhaka hanya kerana tidak mahu meletakkan jawatan, sebaliknya mahu keadilan ditegakkan dan menghormati Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak. Dalam menghadapi kemelut politik di Perak apabila Kerajaan Pakatan Rakyat tidak lagi stabil, Hj Nizar sebagai Menteri Besar lebih cenderung memberi kepercayaan dan mandat kepada rakyat bagi memilih kerajaan yang baru melalui proses pilihanraya. Pilihanraya hanya boleh berlaku setelah DUN dibubarkan.
Justeru itu, jangan dibesarkan isu MB Perak derhaka pada Sultan, lebih baik kita bicarakan bagaimana besarnya dosa manusia tidak kira Sultan, Menteri, Kerajaan atau sesiapa sahaja yang derhaka kepada Allah swt. Kita betulkan pemimpin-pemimpin yang tidak solat, tidak puasa, tidak tunaikan zakat, berjudi, minum arak, berzina, lawan syariat Islam dan sebagainya. Cara yang paling berkesan untuk membetulkan mereka ialah dengan menjatuhkan kuasa politik yang ada mereka, di atas kejatuhan kuasa politik itu, kita dirikan dan tegakkan keadilan berdasarkan prinsip Islam yang sejagat. (link)
Merah Hitam : Jemputan dari Wartawan Harakah Anis Nazri supaya saya berkongsi pengalaman sebagai keluarga mangsa ISA, saya sambut dengan gembira.
"Kak Laila diberi masa 10 minit untuk berkongsi tentang kezaliman BN yang sedang dihadapi sekaran" kata Tarmizi Mohd Jam pengajur program.
Ohhh!!! Macammana nak kongsi kesusahan 7 tahun dalam masa 10 minit? Saya cuba pendekkan semua fakta-fakta yng wajib dan perlu diketahui oleh penonton. Rasanya agak laju juga aya bercakap....harap-harap semua mesej sampai pada mereka yang hadir.
Penceramah malam ni semuanya hebat-hebat belaka. Selain Misbahul Munir, S/Usaha MB Perak yang sah, ada YB Salehudin Ayub, Tok Guru Nik Aziz dan adik kepada Almarhum Borhanudin Helmi, seorang bekas tahanan ISA yang mati akibat sakit teruk sewaktu dalam tahanan.
Namun, saya terpaksa pulang kerumah dengan segera kerana esok pagi saya perlu ke Kemta untuk menyelesaikan beberapa perkara bersama suami di Kem Kamunting.
Sebelum majlis bermula, saya sempat abadikan gambar didewan....Kehadiran orang ramai memang hebat.Didalam dewan penuh sesak dengan penonton, diluar dewan pula setiap inci tanah di Markaz itu turut di duduki oleh orang ramai...Semua mereka ingin mengetahui perkembangan terkini di Perak.
Esok saya akan ke Taiping, Perak dan berharap dapat mendapat berita terkini dari sana.....Sebenarnya, semakain kejam BN pada orang Perak (kita semua dah jadi orang Perak), semakin tinggi sokongan rakyat pada PR.... Kita semua penyokong keamanan dan keadilan tidak akan rugi apa-apa...BN makin tertekan....
p/s:Sesiapa yng dengar ceramah di Melewar sampai habis, boleh update di blog ini ya...
8 comments:
Bijak betul Nik aziz memutarbelit fakta dan mengalih isu nizar derhaka kepada sultan kepada umno derhaka kepada Allah.
Kerajaan PAS di kelantan belum laksanakan hudud, dosa PAS ditangguh oleh Allah, Husam Musa kata nak laksanakan hudud kena bincang dengan pakatan dulu - dosa Husam dan PAS ditangguh oleh Allah.
Dalam hal hal memutarbelit - Nik Aziz pun manusia juga, serban tu bukan janji masuk syurga, dia sama haprak dengan Anwar dan Karpal.
oooopppsss...sory, nik aziz tak boleh panggil haprak, sebab dia suci, ulamak, maksum.
Assalamualaikum Kluangman,
Adakah anda tahu tentang undang2 di Malaysia?? Jika anda tidak ada ilmu tentang satu2 perkara, jangan memeperkatakannya. Belajarlah dahulu tentang undang2, barulah boleh menghentam dengan fakta dan ilmu.
Tahukah anda wahai kluangman, mengapa hukum Hudud masih tak dapat dilaksanakan di Kelantan sehingga kini) dan di Terengganu(zaman pemerintahan PAS Terengganu) dahulu?
Ingin saya jelaskan di sini, kerajaan negeri hanya ada kuasa untuk MELULUSKAN dan MENGGUBAL undang2 hudud tersebut di peringkat negeri sahaja. Kedua-dua negeri tersebut (Kelantan dan Terengganu) telah meluluskan undang2 tersebut dan telah memohon kepada kerajaan Persekutuan untuk MELAKSANAKAN undang2 tersebut. Ini adalah kerana, telah termaktub dalam undang2 negara Malaysia ini iaitu kuasa untuk MELAKSANAKAN sesuatu undang2 terletak di bawah kerajaan Pusat(Persekutuan).
Maka, telah jelas dan nyata kerajaan BN telah menolak enakmen undang2 hudud yang telah diluluskan di Kelantan dan Terengganu. Sehingga kini, enakmen undang2 hudud ini masih menunggu pihak kerajaan BN untuk dilaksanakan. Tapi mengapa pihak kerajaan sanggup mempermainkan isu ini dengan memutarbelitkan fakta dengan mengatakan PAS tidak melaksanakn hukum Hudud hingga ke hari ini?BN takut untuk melaksanakan undang2 Islam tersebut kerana kebanyakkan pemimpin mereka terlibat dengan kegiatan yang tidak bermoral yang dilarang oleh Islam. Pemimpin BN khasnya UMNO juga telah banyak mempersendakan hukum Islam tersebut, walhal hukum hudud tersebut hanyalah sedikit sahaja daripada hukum Islam malah hukum ini bukanlah ciptaan parti PAS, tuan guru PAS mahupun ulama PAS, tetapi hukum ini adalah hukum yang telah termaktub dalam Al-Quran yang telah diturunkan kepada Rasulullah untuk semua umat Islam di dunia ini.
Jika kerajaan BN tak suka PAS bercakap tentang hudud dan menganggap PAS hanya tunjuk pandai dan beretorik, silakan pihak BN dan UMNO laksanakan undang2 tersebut dan kami daripada PAS yang sentiasa mendukung perjuangan ISLAM akan turut menyokong jika benar BN berhasrat untuk melaksanakannya. Tak perlulah mencari salah PAS, kerana PAS hanya sebua parti politik Islam yang mahukan perjuangan dan prinsip2 Islam tertegak di bumi Malaysia ini.
Sila anda mengkaji dan berfikir dengan rasional tentang perkara tersebut, dan carilah kebenaran dan berkatalah yang benar walaupun di hadapan pemimpin yang zalim(seperti Menteri Besar Perak YB IR Hj.Muhammad Nizar Jamaludin).Inilah ciri2 pemimpin yang digeruni musuh Islam dan ciri2 pemimpin sejati.
Saya mengharapkan maklumbalas yang rasional daripada Kluangman.
terima kasih.
Yang benar,
Pemuda PAS Shah Alam
IFC pon PAS sokong .... aparaa...
Dituju khas kepada kluangman,Pada malam nanti sebaik sahaja anda letak kepala di atas batal, tolong buat muhasabah sekali lagi dan rujuk sekali lagi kepada ajaran islam dan bandingkan sekali lagi Nik Aziz dengan pemimpin yang anda sanjung, bandinglah dengan jujur, jangan fikir cara Melayu tetapi fikirlah cara Islam iaitu anutan orang Melayu.
Jangan fikir sekarang kerana suasana tidak sesuai. Fikir pada ketika anda sudah bersedia hendak tidur nanti.
sekian.
Pada pandangan saya kluangman cuba cari perhatian murahan.. bertapa BANGKAI nya kluangman nie.
peace.
Saudara kluangman,
malang sungguh anda begitu jauh dari ilmu dan fakta sebenar. Inilah contoh pengikut UMNO yang hanya tahu berkata-kata tetapi tidak meneliti dan menyelidiki terlebih dahulu sesuatu perkara.
saya mencadangkan agar anda lebih peka dan rajin menelaah, saya beramatan saudara merupakan seorang yang malas mencari ilmu.
saya teramat bersetuju dengan saudara Pemuda Shah Alam, kerajaan persekutuan(pusat) yang telah menghalang sekeras-kerasnya hukum hudud. Kuasa mutlak di tamgan mereka tetapi mereka lupa Allah maha berkuasa atas segalanya. Semoga perjuangan untuk menegakkan negara islam di bumi Malaysia akan termakbul.
Hujah2 Kluangman membuktikan masih ada orang2 melayu yang memang tiada otak. Kalau Bukit Gantang and Bukit Selambau dikalahkan oleh UMNO dan BN. Terbuktilah benar kesemua orang2 melayu memang bodoh2 belaka. Senang ditipu oleh orang2 yang pura2 menjadi melayu yang terbuktinya bukan melayu
Kluangman,
Bukankah mahathir aka yang digelar orang india di Singapura telah memusnahkan martabat raja2 pada tahun 1993. Ini bukan omong2 kosong tetapi hujah2 dari TENGKU RAZALEIGH HAMZAH. DIA INI PUTERA, AHLI KERABAT DIRAJA. Siapa yang lebih berhak berhujah mengenai derhaka selain daripada orang2 macam TENGKU RAZALEIGH HAMZAH
Kluangman,
Beranikah kamu mecadangkan kepada Sultan Kelantan untuk Membuangkan TENGKU RAZALEIGH HAMZAH. I think YOU DON'T HAVE THE BALLS. Ooops! Saya sudah lupa KLUANGMAN MEMANG SIDA/EUNUCH. TIADA BOLA ATAU ZAKARNYA PADANYA.
Wahai orang2 Melayu,
Janganlah memperbodohkan sendiri macam Kluangman. Saya mamyak terkagum dengan Sultan Idris. Ya, dia Kaki Botol. Ya, dia Kaki Perumpuan. TAPI HE GOT BALLS TO CHALLENGE UMNO. WHAT'S THE POINT IF YOU DON'T HAVE WHAT IT TAKES. BALLS, GUTS, BLOODS AND GLORY.
Wahai Orang2 Melayu,
Beranikah kamu ini mengkaramkan UMNO dan BN Di Bukit Selambau & Gantang sampai hilangkan depositnya. Menlenyapkan SIDA2 MACAM KLUANGMAN DARIPADA TANAHAIR KITA YANG TERCINTA. You have balls? Are you like what my friends Singaporeans said? You guys damn stupid
Wahai orang2 Melayu,
The choice is yours. Fight like a Jantan! Or Cabut like an EUNUCH like Kluangman.
Regards,
looes74
P.S : By the way, the Indians & Chinese have joined in the fight as we are Malaysian. MAJULAH MALAYSIA. MARIKAH KITA BERSATU DENGAN SEMANGAT YANG BARU SEBAGAI WARGANEGARA2 MALAYSIA. SEMOGA KITA MENYERU : MAJULAH MALAYSIA!
SAYA MASIH BERPEGANG KEPADA MALAYSIA BAGI KESEMUA ORANG2 MALAYSIA. SAYA MAHUKAN MALAYSIA DIJADIKAN TURKEY KEDUA.
salamz
malam tdi pun aku ada kat t.melewar. memang betul apa yang tuan guru katakan. derhaka kat sultan yang dibeso kan tapi derhaka kat allah napa tak kecoh pun. esok mb nizar kat klang.moh reramai anak perak jumpa mb kita. info
www.permatang.blogspot.com
Post a Comment