16 February 2009

Gambar bogel ADUN PKR... - Malaysiakini



Laporan polis foto bogel Adun wanita

Seorang exco kerajaan Selangor telah membuat aduan polis tengah malam tadi berhubung penyebaran foto-foto bogelnya kepada umum.

Elizabeth Wong, yang juga wakil rakyat Bukit Lanjan, membuat laporan di balai polis Damansara, Petaling Jaya kira-kira jam 11 malam.

Difahamkan foto-foto yang dirakam tanpa kebenarannya itu - kemungkinan oleh seorang bekas teman lelakinya - sewaktu beliau sedang tidur.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) wanita itu, dalam usia lewat 30-an dan masih bujang, dijangka mengeluarkan kenyataannya hari ini.

Beliau menjadi sasaran kedua berkaitan dakwaan seks selepas serangan terhadap seorang wakil rakyat PAS, yang juga exco kerajaan negeri, Dr Halimah Ali yang didakwa ditangkap basah di sebuah hotel sekitar Pelabuhan Klang.

Sambil menafikannya, beliau membuat aduan polis hujung bulan lepas terhadap sebuah laman web pro-Umno berhubung penyiaran tuduhan tersebut. ...Malaysiakini (kemaskini)

Suhaimi Said: Jahat, mereka itu memang jahat. Tidak ada salah kalau kita sedang tidur, kita berbogel. Apa tah lagi tidur dirumah sendiri, dibilik sendiri. Mereka yang mencuri masuk ke bilik kita dan ambil gambar foto kita sedang tidur, dan edarkan kepada publik, itulah orang jahat yang bersalah.

Orang jahat ini perlu ditangkap dan dihadap ke Mahkamah dan dihukum.

Kami tetap bersama YB Elizabeth, dan YB Elizabeth tak perlu rasa bersalah. YB tidak membuat apa-apa kesalahan. YB telah bertugas dengan baik selaku ADUN dan YB telah bertugas dengan baik selaku EXCO Kerajaan Negeri Selangor.

Teruskan bertugas!

Siasah : Jika anda Elizabeth, apa yang ada akan lakukan?

13 comments:

Anonymous said...

bukan teruskan bertugas tapi teruskan berbogel sebab berbogel di rumah sendiri tiada salahnya yang salah adalah orang melihat dia berbogel di rumahnya. inilah pas perjuang islam konon.... kalau salah tetap salah. letak jawatan tu yang sebenarnya rakyat selangor mahukan. rakyat selangor tak suka orang berbogel walaupun sedang tidur di rumah sendiri. letak jawatan... bogel-bogel ni semua tak bermoral.... jangan nak salah kan orang lain, sendiri yang bogel orang lain yang disalahkan. bodoh, pas memang bodoh. pengikut pas lagi bodoh dan jahil ilmu serta kemaruh kuasa macam nizar bekas menteri besar perak tu.

Anonymous said...

Ramai orang kat rumah tidur berbogel semasa nak buat anak.Orang yang tangkap gambar itu kena rotan dulu sebab gatai sangat nak pi rumah orang tangkap gambar.Kalau Eli tu bogel masa mandikah tidurkah atau buat sex itu adalah hal peribadi dia.Orang lain nak sibuk sangat buat apa.ADUN pun manusialah.Khir toyol tu semangat sangat pasai apa,nanti korek rahsia dia bau busuk sampai seluruh pelusuk negara.

Anonymous said...

Si Toyo ini cepat buat komen,adakah
dia tu terlibat? bagaimana kata orang indo ini kalau gambar beliau
diambil semasa mandi di rumah? adakah beliau ini tidak bermoral dan patut letak jawatan sebagai Adun? Podah!

Anonymous said...

It is a Penal Code Offence for Criminal Trepass & house-breaking to enter her house to photograph her in full dress or otherwise.

It is an offence to circulate an image of her photos as it outrage her modesty.

Let's trace the offender or perpetrators whether they were linked to and abetted by her political foes ?

Anonymous said...

Ini macam strategi terbaru nak gulingkan selangor sebab strategi katak sudah gagal.Cuba kaji cerita bogel tu sebab orang yang bogel itu tidak bersalah sebab bogel atas katil rumah dialah.Yang korang ini sibuk pasai apa.Setiap bangsa mempunyai budaya yang berlainan dan kepercayaan yang berlainan.Ada juga bangsa yang bogelkan diri semasa sembahyang.

Anonymous said...

dia kena letak jawatan lah. rakyat selangor tidak suka exco-exco negeri yang ada masalah moral seperti ni. ini tidak adil sebab rakyat selangor pilih dia dulu disebabkan dia bersih dari masalah moral tapi sebenarnya sebaliknya. kalau rakyat selangor tahu perkara ni dari awal sudah pasti rakyat selangor akan pilih orang lain. dia sepatutnya bertanggungjawab atas apa yang dah berlaku dan letak jawatan exco dan adun negeri selangor. rakyat selangor nak kan exco yang bersih dan bermaruah bukan seperti ni. contohi lah chua soh lek, seorang pemimpin dari BN yang bertanggungjawab. di mana dia telah letak jawatan sebagai menteri. dan disebabkan sifat tanggungjawabnya dia telah bangkit kembali sebagai naib presiden MCA. jadi saya nasihatkan supaya elizabeth letak jawatan exco dan adun sebagaimana yang disarankan oleh khir toyo.

Anonymous said...

tak payah lah nak bela sangat si kafir tu. sekarang ni siarkan gambar bogel dia tu kat blog ni. supaya kita boleh pastikan betul ker gambar tu di ambik masa dia tidur. ini kerana rakyat telah muak dengan tipu helah dan cakap berbelit-belit pakatan rakyat. rakyat masih ingat dengan jelas bagaimana bapak kepada pakatan rakyat iaitu anwar ibrahim telah tipu seluruh dunia yang dia akan ambik alih kerajaan persekutuan pada 16 september. dan rakyat masih ingat bila elizabeth wong dan rakan-rakan dia pergi ke taiwan kononnya nak berunding dengan orang BN untuk lompat parti tapi akhir perak yang jatuh ke tangan BN. ini semua lakonan pakatan rakyat. jangan percaya cakap elizabeth tu, konon masa tidur??? buktikan dengan siarkan gambar tu kat blog bodoh kau ni. rakyat telah muak!!!! rakyat nak Bukti!!! bukan cakap kosong aje!!

Anonymous said...

Khir ToyoLL, bebal Elizabeth bogel bukan kat jalanraya.Dia Nak bogel dalam bilik tidur kah, atau bilik mandi kah itu hak peribadi dia.Dan tiada kaitan dengan masalah moral.Khir Toyolta lu pakai lah otak sikit.Khir Toyol, "I want to ask U question....masa berek atau kencing, apa lu ingat lu buka itu seluar punya zip tidak dikira bebogelkah????.Tolong JAWAP saya !!!!!

Anonymous said...

Elizabeth tu dh tentu2 la kafir...namun tindakan pihak yg memasuki rumah dia adalah satu kesalahan besar...jika dia diminta meletakkan jawatanya, mungkin Hishamuddin pn WAJIB letak jwn jgk coz ade gambar yg menunjukkan dia pegang botol arak waktu muda2 dulu...dah la name Islam, ayah pulak bekas pemimpin negara...So fikir2kn lah

Anonymous said...

Kalau bogel salah maka membunuh lagilah salah di sisi undang-undang.Dengan itu,Nargis hendaklah letak jawatan sehingga dibuktikan beliau tidak bersalah.Hoi orang bukan kafir,main suami dan isteri orang tu tak salahkah????

Anonymous said...

ini semua nak alih perhatian je.biar orang tak pikir dah pasal karpal derhaka kat sultan.pandai2

Anonymous said...

Aku ingat lagi bekas timbalan speaker dewan rakyat wakil MIC buat blue film dulu, kes rahim tamby chik rogol budak bawah umur, mohd taib dengan anak sultan dia pun disuntutnya, najib ngan altantuya bukan saja main dibom terus nyonya tu, terbaru chua soi lek dan mungkin banyak lagi wakil2 umno/bn yang ada handicap bab-bab tonjol menonjol, raba meraba mcm anak jarjis, khir anak toyol yang bising2 tupun bogel main ngan bini dia cuma orang pembangkang ni malas nak riuh2 kalau buat laporan pun dah kena cover. tapi rakyat hari dah celik cuma puak2 umno/bn je sengaja nak tunjuk bangang. aku nak hisham komen gambar dia ngan pempuan dan arak atas meja. Lepas ni mari kita ramai2 skodeng MP/ADUN Umno/bn punya keje pulak.

Anonymous said...

korang ni sumanya bangang,aku takde nak side BN ke,PR ke, tapi ikut logik nye, pompuan mana yang saja2 nak tido telanjang melainkan kalau dah lepas..tuttttt. tak larat nak pakai baju balik babe..penatt. so tak payah lah nak backing lebih2 pompuan ni, dah la tak kawin lagi tak kira la bangsa apa pun.tambah2 sbg pemimpin berakhlak la skit!! busuk la pompuan ni!di beritakan, balak dia yg amik gambo ni, tak tau la utk blackmail ke apa.maknanya,takde la baik sgt!!

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese