15 February 2009

Nama Zambry tidak disebut dalam senarai pembesar - Malaysiakini

KUALA KANGSAR , 14 Feb.:- Nama Zambry Abdul Kadir atas kapasitinya sebagai Menteri Besar rampasan kuasa tidak disebut oleh pengacara dalam senarai orang kenamaan yang masuk ke dewan Santapan Sempena Jubli Perak DYMM Sultan Perak dan yang keluar dari dewan sesudah habis santapan Diraja pada malam ini.

Walaupun kedudukan YAB Menteri Perak yang sah, DS. Muhammad Nizar Jamaluddin tidak ditempat yang sepatutnya saya beranggapan kemungkinan nama Zambry yang ke hulu dan ke hilir menamakan dia sebagai Menteri Besar mengambil tempat tersebut. Rupanya dia tidak mendapat pengiktirafan di majlis santapan pada malam ini.

DS. Nizar diletakkan bersama dengan orang kenamaan di meja kawasan tengah Balai Santapan dan ADUN Pakatan Rakyat diletakkan di meja bahagian belakang berdekatan dengan pentas nyanyian.

Tempat yang sama di meja yang berlainan ditempatkan Ahli Yang Berhormat ADUN BN.

Mereka yang dinamakan sebagai Exco kudeta ditempatkan di meja lebih ke hadapan berdekatan dengan meja Santapan Diraja.

Majlis Santapan Sempena Sambutan Jubli Perak DYMM Sultan Perak telah dihadiri oleh DYMM Sultan Perak dan seluruh ahli kerabatnya,DYMM Yang Di Pertuan Agong dan Permaisuri Agong, Sultan Brunai dan Permaisuri, Raja-Raja seluruh negara serta wakilnya, Yang Dipertua negeri,Perdana Menteri, Timbalan Perdana menteri, Menteri-Menteri Besar dan orang kenamaan yang lain.


Jamaluddin, Osman dan Hee tidak hadir Santapan Diraja

Tiga ADUN lompat, Jamaluddin Md. Radzi, Osman Jailu dan Hee Yit Fong tidak hadir dalam majlis Santapan Diraja Sempena Jubli Perak DYMM Sultan Perak yang berakhir pada jam 11.30 malam tadi di sini.

Kemanakah mereka bertiga hilang sehingga sekarang menjadi tanda tanya banyak pihak setakat ini.

- drs khalil idham lim
(Cina Islam)

9 comments:

Anonymous said...

"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 )

Anonymous said...

mn korang dpt tau sume ni?ade spy dlm istana ke?ke dgr2 drp org2 je?org2 yg ckap tu pun org2 korang jgk..so ble ckp ape2 je..sy agk musykil dgn cerita ni..musykil dgn thp kbenarannya..

Anonymous said...

akum..aku slalu kan dok bc gak blog2pro PAS nih..HARAKAH ONLINE pun bc jgk..jst nk bg balance berita2 yg d laporkan ni..tp ht aku x sng lh bc gaya penulisan korang..laporan ok tp last2 ada jgk yg yg kutuk org ni kutuk org tu..satu lg aku x brp bekenan..korang tulis mcm korang je yg btul..org len sume slh..n byk cm fitnah je..walaupun korang claim ia btul..ada bukti ke?polis pun tgh siasat..tp korang dh sebar kata slh

comanche.dono said...

komen aku, adun lompat lagi buat sultan murka.mana taknya asyik hilang je.bila time sambutan penting sultan adun semua kena ada.rasanya depa tgh nyelam tu,timbul nanti bagi je alasan cuti sakit.asyik mc mcm mana nk jd adun,baik letak jawatan & pegi buat treatment je

Anonymous said...

Hai tak sebut nama MB baru (Zambry)... dalam majlis sultan pun jadi cerita besar jugak yek. Tak ada ke modal cerita lain yang penting yang sedap didengar. Patutlah PR kalah main dam sebab akal cetek sangat maka mudah kena dam haji dek UMNO/BN....kenyanglah UMNO Perak.kakakah...jangan marah beb!!!!

Anonymous said...

Insan Beriman menyatakan..

Barisan Nasional(BN) yang tidak hormati DYMM Sultan Perak semasa Tuanku menyambut Majlis Perayaan Silver Jubilee pada bulan Februari 2009! Jikalau BN tidak melancarkan rampasan kuasa pada masa itu bagaimanakah boleh berlaku kemarahan rakyat dan tunjuk perasaan awam diPerak berkenaan perkara berkenaan.BN cuba melemparkan dan mengalihkan semua masalah pula kepada pihak yang lain...mana ADA adil.Maka marilah sama-sama membela keagungan DiRaja-Raja dan menempaskan segala angkara yang dilancarkan oleh BN.Agar semua rakyat diPerak peka kepada lunas undang-undang yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia.

Anonymous said...

walaupun rakyat di Malaysia in berbeza bangsa kita tetap akan bersama MB Perak untuk semua IR Nizar.

Dia telah menunjukan sikap yang baik untuk contohi oleh pemimpin2 yang lain terutamanya dari BN.

India, Cina ataupun Melayu dalam parti BN adala semata mata untuk mendapatkan keuntungan peribadi

Anonymous said...

Kemana lagi barua 3 ekor tu pergi. Susun atur akaun bank lah. Kene pecah-pecah duit tu. Swiss Bank sikit, Indies sikit, mgkn US sikit. Mana ada masa nak layan Azlan...

Anonymous said...

syabas nizar
berani ke istana
last2 ketua polis pembunuh yg bukan main hero semlm kena jugak beri laluan
kini
polis pembunuh terpaksa menjaga istana dari murka rakyat
gaje pulak takut nak keluar bersemuka dgn rakyat
jln ke istane tutup
rakyat tak dpt mendekati gaje
kalu betul tindakan umno-bn dan gaje,
jumpalah rakyat
ari tu , kene kensel jamuan rumah terbuke cino
jamuan gaje pun kene tangguh
siapa yg takut siapa skg
kalu berani krn betul , kluar pi jumpe rakyatle !!
nizar - mb rakyat perak
zambry - mb rampasan kuasa

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese