04 February 2009

MB Perak Mengadap Sultan 5 Petang - Malaysiakini

Sebahagian dari ADUN pakatan bergambar bersama Menteri Besar dan Exco Kerajaan Negeri sebelum YAB MB Berangkat ke Istana Kinta bagi memohon perkenan DYMM Sultan Perak bagi pembubaran DUN Perak. 3.40 petang

4.45 petang: Di Ipoh, Sultan Perak memperkenankan Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaludin menghadap namun tidak mahu menerima yang lain termasuk Exco kerajaan Perak.

IPOH, 4 Feb (Bernama) -- Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin akan mengadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah pada pukul 5 petang ini.

Siasahdaily: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaludin masuk ke Istana Kinta jam 4 petang untuk menghadap Tuanku Sultan Perak bagi memohon agar Dun Perak dibubarkan atau mendapat nasihat baginda apa yang patut dibuat dengan kerajaan negeri Perak.

Ini berikutan pengumuman Adun Jelapang dari DAP keluar parti dan menjadi Adun bebas menyertai dua lagi Adun PKR dari Behrang dan Changkat Jering.

Ini bermakna kini, Pakatan mempunyai 29 Adun, BN 27 manakala bebas 3.

Jam 4 petang pula, timbalan presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak pula dikatakan akan membuat sidang akhbar penting berkenaan apa yang berlaku di Perak.

Semua Adun dan anggota Parlimen BN dari Perak turut dipanggil ke sidang media itu.

Berita angin kini bertiup kencang kononnya lima Adun Perak telah menyertai BN termasuk tiga Adun bebas itu, serta seorang lagi Adun DAP manakala Adun Bota, Datuk Nasarudin kembali ke pangkuan Umno.

Jika ini berlaku, Sultan akan mempunyai dua pilihan iaitu membubarkan Dun Perak atas permintaan kerajaan Pakatan atau menyerahkan kuasa kepada BN yang dikatakan mendapat majoriti dalam Dun.

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese