4.45 petang: Empat bekas Adun Pakatan di Perak menyertai sidang media Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekejap tadi.
Mereka adalah Timbalan Speaker yang juga Adun DAP Jelapang, Hee Hip Hong, Jamaludin Abu Bakar (Behrang) , Osman Jailu (Changkat Jering) serta Adun Bota, Datuk Nasharudin Hashim yang sebelum ini menyertai PKR.
PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota, Datuk Nasarudin Hashim hari ini mengumumkan kembali menyertai Barisan Nasional (BN).
Manakala dua lagi, iaitu ADUN bagi kawasan Behrang dan Changkat Jering, Jamaluddin Mohd Radzi dan Mohd Osman Mohd Jailu turut mengambil keputusan menyertai BN.
"Saya dalam perjalanan ke Putrajaya, tunggu pengumuman dalam masa terdekat," kata Jamaluddin.
Sementara itu Nasarudin yang gagal dihubungi dipercayai telah 'diculik' oleh individu yang tidak dikenali.
Perkara tersebut dimaklumkan isteri beliau bahawa Nasarudin telah dijemput oleh dua orang yang tidak dikenali di rumah mereka sebentar tadi.
Dalam pada itu, ketika ini juga Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sedang menuju ke Istana Kinta bagi mengadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.
Sementara itu, selepas kira-kira tiga jam Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin menangguhkan sidang media di pejabatnya tengah hari tadi, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak akan mengadakan sidang media petang ini.
Pada sidang media berkenaan, Najib dipercayai akan membuat kenyataan berhubung keadaan politik di Perak.
Nizar turut dijadualkan mengadakan sidang media pada petang ini dipercayai akan mengumumkan perkenan Sultan Perak bagi membolehkan pilihan raya tergempar diadakan.
Perkara tersebut dimaklumkan Setiausaha Sulit Menteri Besar, Wan Ahmad Junaidi kepada wartawan yang menunggu di pejabat Menteri Besar selama sejam. - mStar, DIKEMAS KINI
2 comments:
Kalah Berahim Ali sebagai Raja Katak Lompat.... tak sampai 1 bulan lompat... dah lompat balik....
UMNO CELAKA....
Masyallah.......
apa sdah jadi ngan dato nasa ni???
xsampai satu bulan lompat udah lompat pulak........
ni bkan acara lompat jauh @ tanggi ni
ni medan politik mana leh lompat.
btul ar mcam anak perelih kater kalah bang berahim sbagai raja lompat ni.bang berahim ni baru digelar katak lompat,
bagi saya la... kita bg kat dia ni raja kangaro plak la,sbb dia lompat lgi cepat dari bang berahim tu.
harap2 lepas2 ni mntak dato seri anuar perati btul2 ar para2 pelompat ni....agar hubungan baik antara pakatan rakyatterpelihara jer......
baru ni mase ceramah kat bote pd 31 lps berapi2 raja kanggaro ni kutuk UMNO dan kater dia nak bela rakyat bote???? APAKAH NI SEMANGAT YANG ADA PD SEORNG PEJUANG SEJATI???
mntak raja kanggaro ni bertaubat ar sbelum terlambat......
Post a Comment