DAP Kelantan menyokong saranan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya Anggota Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali meletak jawatan bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan.
Setiausaha Jawatankuasa Penaja DAP Kelantan, Sew Kok Beng berkata langkah itu sejajar dengan hasrat pengundi di kawasan itu yang mahukan seorang pemimpin 'berwibawa dan mengenang budi'.
"Ibrahim patut meletak jawatan sebagai wakil rakyat kerana sebelum ini kemenangannya atas lambang Pas," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Kok Beng mengulas saranan Mursyidul Am Pas itu bahawa pengundi di kawasan Pasir Mas perlu diberi peluang bagi menentukan siapa pemimpin yang dikehendaki.
Kok Beng berkata bekas ketua Umno bahagian Pasir Mas itu sepatutnya menghormati Pas yang memberi laluan mudah bertanding di kawasan itu sekaligus mencatat nama sebagai wakil rakyat bebas.
Ibrahim berkata, jika beliau melepaskan jawatan Anggota Parlimen, beliau perlu menunggu lima tahun lagi untuk melayakkannya bertanding.- BERNAMA
Dewan Pemuda PAS, Pasir Mas mendesak supaya Dato' Ibrahim Ali, supaya meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Pasir Mas.
Ketuanya Rozi Muhamad, dalam kenyataannya memberitahu, Ibrahim sepatutnya menghormati pengundi Pasir Mas yang memberikannya kemenangan pada pilihan raya yang lalu atas tiket PAS.
"Ibrahim Ali harus sedar bahawa kemenangannya di dalam pilihan raya umum yang lepas adalah dari sokongan ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS.Ini adalah berdasarkan kerjasama beliau dengan PAS sebelum pilihanraya.
"Pengundi Pasir Mas, mengharapkan beliau akan mendokong dasar kerajaan negeri dan perjuangan PAS khasnya walaupun tidak menyertai pasrti PAS," katanya lagi.
Rozi turut menyokong dengan kenyataan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Dato' Takiyuddin Hassan, atas desakan yang sama.
"Ibrahim sepatutnya bermuhasabah kembali, bahawa sokongan yang diterimanya sewaktu pilihanraya kecil Pengkalan Pasir sebagai calon bebas tidak diterima oleh rakyat Pasir Mas.
"Begitu juga dengan pilihanraya umum 2004, beliau juga ditolak oleh pengundi kerana bertanding sebagai calon bebas," ujarnya dan menyatakan setelah bertanding di bawah tiket dan lambang parti PAS, baru beliau dapat sokongan dari pengundi Pasir Mas dan memenangi kerusi Parlimen Pasir Mas itu. - Hrkh
3 comments:
Ibrahim Ali boleh lah dianggap 'dayus' kerana enggan untuk melepaskan kerusi Pasir Mas.
Orang 'dayus' tak tahu malu.
Katak otai tak kan letak jawatan punya. Dia tu mana ada keja nak makan apa kalau letak jawatan. pastu PRU 13 cnfirm xa layak bertanding. nganggur pulak otai tu 10 tahun. Ini orang jenis tarak tau malu punya maaa..
katak ni jual di lorong pun tak laku.saya pun orang kelantan.malu dibuatnya.hipokret.
Post a Comment