23 February 2009

Anwar : Empat Lautan Terbentang Luas, Semua Manusia Bersaudara - Malaysiakini




Keutamaan Semua Kaum Jadi Teras Pakatan Rakyat

Semalam saya hadhir memenuhi undangan Majlis Pelancaran Tabung Bantuan untuk Sekolah Sin Ming di Puchong. Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan bantuan sebanyak RM 50 ribu dari pihak kerajaan negeri Selangor buat sekolah tersebut.

Turut hadhir dalam majlis itu ialah YB Yaakob Sapari, YB Abdullah Sani, YB Teresa Kok, juga beberapa pimpinan Pakatan Rakyat Negeri Selangor serta masyarakat Tiong Hua sekitar.

Dalam ucapan saya mengungkap kata-kata Han Su Yin yang terkenal iaitu, “Empat Lautan Terbentang Luas, Semua Manusia Bersaudara”. Teras dasar Pakatan Rakyat sangat jelas iaitu memastikan semua kaum di Malaysia tidak dipinggirkan.

Meski pun diberi amaran oleh Kementerian Pelajaran, masyarakat setempat begitu ghairah menyokong usaha Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor di dalam memperkasa pendidikan ibunda; baik jenis kebangsaan, Tamil dan Cina.

Jelas sekali pendukung UMNO-BN sememangnya tidak mahu berubah. Keutamaan mereka hanya satu yakni untuk tetap berkuasa walau ianya menidakkan kemahuan rakyat.

ANWAR IBRAHIM

2 comments:

Anonymous said...

kalu macam tu kata abg anuar maksum..yahudi kat israel tu pun sedara la kan...dah semua orang bersaudara..yang aku tahu orang islam yang bersaudara..tapi tak pa sebab yang kata tu abg anuar maksum aku terima..sebabnya tak mungkin beliau buat kesilapan..lagi satu aku tertanya tanya samada kapal sink pun saudara abang anuar maksum..awat tak habaq pasai ni kat semua orang..jangalah ada rahsia antara abang anuar dengan kapal sink..tiada rahsia antara kita

Anonymous said...

semua manusia adalah kaum Adam. Maka iya semua manusia bersaudara. Termasukla kaum yahudi. Yg tidak disokong hanya puak Zionist merakus harta dan tanah secara haram.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese