23 February 2009

97% Setuju Tindakan Nizar - Malaysiakini



Undian SMS 7 Edition: 97% setuju dengan tindakan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin untuk Pakatan Rakyat membawa usul undi percaya terhadap "kepimpinannya" sebagai ketua kerajaan negeri yang "sah" apabila Dewan Undangan Negeri (DUN) bersidang.

"Kami akan datang semula," kata Nizar semasa berpindah rumah hari ini. Tindakan PM dianggapkan mencabul dan menghina dewan undangan negeri.

Lagi : Kelab Greenboc (sini)

1 comment:

Anonymous said...

Salam.
Kalau dah terbukti anjing2 BN - UMNO tu merompak siang2 hari, nak buat apa lagi? Hah lanyak saja lah.
Kalau benar2 anak jantan, lawanlah dgn PR secara gentleman! Pengecut!
Ni tidak, bersembunyi di belakang Sultan. Sungguh licik mainan politik UMNO ni.
Mereka memang tahu, kalau penyokong2 PR menentang, seolah2 mereka menentang Sultan dan pihak Istana. Jadi perhatian tidak tertumpu kepada mereka yang menghasut Sultan supaya menyebelahi mereka.
Jadi PR lah yang akan menerima nasib buruk kerana seolah2 menderhaka kepada Sultan Perak.
Walhal yang sebenarnya BN lah punca segala-gala kemelut yang melanda Perak khususnya dan negara amnya.
Ni bahaya sebab kenteraman awam akan terjejas apabila rakyat memberontak dan apabila di lihat sudah berani melawan institusi Raja dan undang2 sudah tidak dipatuhi lagi.
Harus ada entity yang lebih berkuasa dan tegas untuk mengimbangi keadaan politik yang berlaku sekarang.
Iaitu Raja-raja sendiri kalau benar mereka ada kuasa immuniti untuk menangani masalah yang berlaku sekarang.
Tetapi pihak Istana tidak lah boleh berat sebelah kerana nasib rakyat kebanyakkan bergantung kepada keputusan Raja/Sultan yang adil lagi saksama.
Pihak polis patut membantu dan bukannya berat sebelah dalam menjaga ketenteraman awam.
Jangan asyik menghentam pihak PR saja, dan membiarkan segala perkara jijik yang pihak BN buat tanpa sebarang tindakan diambil keatas mereka apabila mereka buat salah.
Harus diingat pihak polis berkhidmat untuk rakyat dan negara. Bukannya untuk BN.
Kalau seluruh rakyat dah marah, apa pihak berkuasa ingat, dapat nak membenteras kemarahan rakyat kah?
Tengok saja apa yang berlaku kat luar negara tu! Jangan kata pihak polis, pihak askar pun tak dapat nak lawan rakyat jelata bila keadaan dah terlalu teruk dan tak terkawal.
Kita minta jangan lah keadaan sampai ke kemuncak tersebut.
Sebab itu saya kata tadi pihak Istana juga perlu memain peranan penting untuk mengatasi kemelut politik yang berlaku sekarang.
Kalau benar2 pihak BN salah dan menyalahguna kuasa yang ada untuk menakluk Perak secara HARAM, maka tindakan perlu di ambil tanpa ragu dan takut.
Kalau dah tak kuasa nak memerintah lagi negara ni, baik serah saja secara gentleman menerusi pilihanraya.
Pasal isu membuang duit untuk diadakan semula pilihanraya di Perak, tak timbul sama sekali. Kalau itu yang perlu, maka laksanakan lah!
Kalau kementerian ada banyak budget untuk memberi setiap orang RM5,000 untuk menukar kereta lama, kepada yang baru untuk menyuburkan ekonomi industri kereta yang pada masa ni sedang tenat, maka tak ada pula duit untuk pilihanraya di Perak SAJA. Bukannya nak mengundi di seluruh negara.
Hanya Perak saja.
Apalah sakit hati sangat kat YB Md Nizar tu..... apa lah dengki sangat hati-perut orang Melayu ni?
Mengaku beragam Islam, tapi perangai tulen2 macam SETAN.
"Ni lah yang dinamakan manusia bertopengkan setan".
Kalau nak kuasa pun, biar lah buat macam anak jantan, jangan mengheret pihak Istana ke dalam kancah politik.
Ibarat tikam batu, sorok tangan!
Dah 50 tahun lebih BN memerintah negara ni, dan tak kurang juga sikap kurang ajar mereka ni terhadap kedaulatan Raja-Raja Melayu, takkan tak da seorang Alim pun yang berani tampil untuk bercakap terhadap kebiadapan mereka ni?
Akibat dari hasutan dan fitnah BN lah perkara yang tak diingini berlaku di Perak.
Sekarang mengapa nak salahkan PR dan rakyat pula yang terang2 nampak kemungkaran yang berlaku di hadapan kepala mereka sendiri?
Kita memang sayang dan sembah hormat akan Raja-Raja Melayu ni, seperti juga kita harus menjaga kedaulatan dan kedudukan mereka sebagai lambang bangsa.
Apa pihak PR selama memerintah Perak tidak hormat kepada Sultan kah? pernah kita dengar mereka nak membuang, menghina dan mengherdik Sultan Azlan Shah dan pihak Istana?
Setahu saya, setitik nila pun tak tumpah selama PR berkuasa selepas mendapat mandat rakyat selepas pilihanraya yang ke-12 lalu.
Apa buruk sangat kah YB Nizar tu, seorang anak Melayu yang berkelulusan tinggi dan berhati mulia, senang2 pihak BN kata dia tidak bermoral dan derhaka kepada Sultan?
Setahu saya, orang2 MELAYU di dalam parti PAS, di bawah pimpinan Tok Guru Ustaz Nik Abdul Aziz, lah yang selalu mempertahankan kedaulatan Raja-Raja Melayu apabila sesuatu krisis melanda yang melibatkan pihak Istana.
Hatta, Allahmarhum bekas President Ustaz Fadzil Nor dan sebagainya.
Apa perjuangan mereka ni tak ada makna kah kepada orang2 Melayu?
Tak erti bahasa kah?
Apa kita dah kabur dengan segala macam nikmat dan kemewahan yang Tuhan dah bagi sehingga kita lupa yang mana Hak dan yang mana Bathil?
Jangan jadi macam Kacang lupa kan Kulit sudah lah!
Apa? setengah-setengah orang fikir hanya BN dan UMNO saja kah yang pandai memerintah dan mentadbir negara ni? orang lain semuanya bodoh belaka?
Kalau mereka jatuh, maka huru hara lah negara ni, akan tercetuslah peristiwa 13 May dan sebagainya....
Apa semua ni? Apa ... cerdikpandai Melayu tiba2 hilang akal kah dan jadi seperti keldai dan lembu dicucuk hidungkah bila pihak BN memainkan nada dan lagu yang sedemikian?
Kemana perginya daya pemikiran dan intelektual yang tinggi yang dimiliki setelah tamat pengajian di peringkat universiti tu?
Tak kan tak ada sebarang kajian dibuat untuk benar2 mengatasi masalah politik, ekonomi dan sosial orang Melayu kot?
Asyik2 kena tekan. Asyik2 kena tekan apabila berani cakap perkara yang benar oleh pihak BN sendiri yang kononnya memperjuangkan nasib orang Melayu apabila sesuatu kajian itu menjurus kepada kepincangan kepimpinan dan salahlaku pemompin, baik di peringkat negeri ataupun negara.
Apa semua ni? Tak malu kah/
Ke mana hilangnya maruah dan harga diri tu?
Apa.... orang Melayu lain yang tak sekata dengan pihak BN di anggap bodoh kah? Apa mereka ni tak pandai memerintah kah kalau di beri peluang?
Sudah banyak anak2 Melayu yang lebih pandai kat luar tu saya fikir patut diberi peluang untuk mengambil alih tampok pemerintahan negara ni. Ada yang dari golongan korporat, professional dalam bidang masing2 dan pakar ekonomi pun ada yang boleh kita terima.
Persoalannya masih kah kita mahu untuk berpaut kepada pemimpin yang ada sekarang yang sikap kepemimpinan mereka itu sendiri diragui dan dipersoalkan?
Betul kah orang Melayu tak nak berubah, dan asyik berpaut kepada dahan yang dah rapuh?
Bagaimana pula dengan nasib generasi orang Melayu pada masa akan datang? Bagaimana pula dengan survival mereka?
Kenapa kita tidak pernah nak fikir untuk keluar dari kepompong lama?
Sama juga mereka belajar di universiti yang sama, makan nasi, garam dan gula yang sama!
Apakah mentaliti kita sebegitu senang untuk dimanipulasi dan dijajahi oleh segolongan ahli politik yang dah bangkrap idea dan rakuskan kuasa?
Apakah kita harus hidup terbelenggu sebegini.
Tengok dan lihat. Buka minda tu!
Bertapa jurang di antara yang kaya dan miskin di Malaysia ni.
Rasuah melibatkan orang2 tinggi di dalam kerajaan dan ahli korporat sudah bagai tak terbendung lagi.
Dana rakyat di institusi perbankan dan simpanan mereka sesuka hati saja digunakan untuk projek bail-out GLCs dan syarikat2 yang bermasalah yang bersangkutan dengan orang ternama di negara ni.
Sampai bila harus perkara sebegini dibiarkan berlarutan?
Apakah kita harus menunggu sehingga ada orang luar yang datang untuk menunjukkan kepada kita bagaimana cara nak berubah, mengatasi masalah dan mentadbir negara ni?
Kalau dulu, perjuangan UMNO tu lain, sekarang cakap tak serupa bikin!
Tu lah orang tua2 selalu cakap - kalau tak dipecahkan ruyung, mana kan nak dapat sagunya?
Asyik duduk diam di dalam tempurung yang sama, macam lah "katak di bawah tempurung".
Walhal dunia luas terbentang untuk diterokai dan peluang di buka seluas-luasnya untuk kita berubah dan menikmati hidup yang lebih bermakna dan bertamadun.
Kalau sikit2 marah nak asyik angkat keris tu, tak usah lah! Buang masa aja.
Bnagsa lain keris mereka lebih panjang lagi.
Ada samurai dan pedang dan sebagainya sebagai pusaka dan harta warisan tinggalan nenek moyang mereka.
Tak da pun mereka melatah dan mengangkat samurai untuk menindas dan menakutkan bangsa lain yang duduk satu bumbung di bawah naungan mereka apabila kata dan fikiran tak sehaluan!
Hah.... ni orang Melayu khususnya generasi baru kena faham betul2. Tak kan tak buka mata lagi dengan kepimpinan PAS kat Kelante tu.
Bagaimana cara hidup Tok Guru2 kat sana tu....!

Tak kan tak erti mentafsir yang mana hitam, yang mana putih. Yang mana permata, yang mana kaca.
Kalau mengaji dan setakat mengeluar fatwa bab Yoga dan salah tafsir bab derhaka tu, hah.... baik duduk rumah jaga anak bini. Ada juga pahala.
Duduk mengaji lagi lah, tak menyusahkan orang dan mengelirukan rakyat dengan fatwa berat sebelah tu. Buat dosa aje.
Baik borak aje kat kedai mamak tu. Ada juga laku nya si mamak tu buat duit bawa balik kat India kah atau Bangladesh.
He he he......senyum, jangan tak senyum. Jangan pura2 Senyum Kambing macam kat Utusan atau Berita Meloya tu....
Tak aci lah.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese