18 January 2009

Wahid Endut: Kita Belajar Dari Kelantan - Malaysiakini

TERENGGANU - Mohd Abdul Wahid Endut yang memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu mengingatkan agar para petugas parti supaya terus menjaga hubungan dengan Allah dalam memastikan keberkatan dalam setiap usaha dijalankan.

Demikian ucapan sulung beliau dalam satu majlis bersama petugas dan penyokong Pakatan Rakyat di markaz PAS Kuala Terengganu, Kuala Ibai selepas majlis pengumuman calon selesai di Stadium negeri, Kuala Terengganu semalam.

"Terdapat banyak syarat yang membolehkan kita mencapai kemenangan dalam pilihan raya ini, dan selepas menang kita perlu terus konsisten menjalankan gerak kerja.

"Jangan putus hubungan dengan Allah," tegasnya.



Beliau berkata, usaha dan inisiatif yang dibuat oleh PAS Kelantan seperti mengadakan majlis solat hajat, munajat dan sebagainya merupakan contoh terbaik yang diambil bagi memastikan kemenangan yang dicapai terus diberkati Allah.

"Kita belajar daripada Kelantan, yang memperolehi kekuatan dengan cara tarbiyah seperti ini," katanya.

Adun Wakaf Mempelam itu turut mengingatkan semua pihak bahawa banyak daripada mereka yang mendapat kuasa tidak dapat menahan diri dengan ujian kemenangan.

"Sedangkan itu merupakan prasyarat utama agar Allah memberikan kemenangan,"

"Kita berharap agar Allah akan memberikan kemenangan kepada kita untuk menjadi kerajaan di negeri Terengganu ini," ujarnya sambil disambut lauangan takbir.

Abdul Wahid juga tidak lupa merakamkan penghargaan kepada semua pihak termasuk petugas Pakatan Rakyat termasuklah petugas daripada negeri-negeri yang bertungkus lumus dalam menjayakan pilihan raya ini.

Untuk itu katanya, beliau akan turun ke setiap UPU bagi mengadakan majlis kesyukuran bagi meraikan petugas-petugas daripada dalam dan luar Kuala Terengganu.

Turut hadir dalam majlis tersebut, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalannya, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Mustafa Ali dan Timbalannya Ustaz Abu Bakar Chik.

2 comments:

Quantum Metal Consultant said...

Kejayaan di KT bukan sesuatu yang terlalu bergaya jika dilihat kepada 'ramalan awal' bahawa PAS boleh memang dengan situasi semasa dan sokongan Pakatan yang sengaja buat kacau awal dan kemudian reda di penghujung / damai (taktik biasa). Ramalan ini sama seperti di Permatang Pauh.

Pakatan dan PAS perlu mencari atau berada dalam kegeritan dan keperitan di sesuatu kawasan tetapi kemudiannya menang untuk memastikan BN terus bungkus. Sebelum March diharap kita terjumpa satu 'kawasan' yang memerlukan MCA dan DAP bertembung atau MIC dan pro hindraf bertembung.

BN perlu diuji dari segenap segi sebelum Pakatan merasakan dirinya kuat dan bersatu.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

Orang dah meluat dengan UMNO/BN .Orang meluat dengan media-massa (kepunyaan kerajaan).
Orang dah meluat dengan janji2.
Orang dah meluat dengan pemimpin UMNO dari bawah sprt.JKKK.
Orang dah meluat dengan royalti minyak.
orang dah meluat dengan politik wang.
Orang dah meluat cara pemimpin UMNO mendampingi rakyat masa pilihanraya.
Terangganu ialah negeri ke 6 nak mula tunjuk meluatnya pada UMNO/BN.

Kedah,Pulau pinang,Perak,Selangor dan tunjuk meluat mereka.

Yang paling teror tunjuk meluatnya ialah Kelantan.

Perlis bila lagi ? hang kecik je.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese