18 January 2009

Secangkir kopi di rumah Wahid Endut… - Malaysiakini

SELEPAS calon terbaik PAS Mohd Abdul Wahid Endut diumumkan sebagai Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang baru, saya segera menelefon calon untuk mengucapkan tahniah dan takziah.

Alih-alih, calon menjemput saya dan teman-teman ke rumahnya. Pada mulanya, agak segan. Iyalah, kurang 15 minit lagi, jam di lengan saya menunjukkan jam 12 malam (18 Jan. 2009).

Calon sekeluarga menjemput saya dan teman-teman minum secangkir kopi di rumahnya. Pertemuan kurang sejam tersebut bagi saya cukup bermakna.

Kata, calon banyak faktor mewarnai Pilihanraya Kecil kali ini. Bukan hanya, faktor peribadinya sahaja.

Katanya, pada awal hari pembuangan undi, beliau banyak mendapat sms daripada pihak yang tidak dikenali.

Rata-rata dalam cermatan peribadinya adalah kenalan-kenalan isterinya di sekolah. Ada juga pegawai kerajaan serta beberapa public figure dalam media arus perdana.

Masing-masing meramalkan kemenangan pakatan rakyat. Ada dalam kalangan mereka turut mendedahkan beberapa perkara yang mustahil dapat diekses oleh mana-mana pihak kecuali ‘orang dalam UMNO’ sendiri.



Pertama, cerita Dato’ Hishamuddin Tun Hussien menangis melutut di depan Balu Allahyarham Dato’ Razali Ismail.

Menurut sumber sahih tersebut, Menteri Pelajaran tersebut mengaku bersalah kerana menekan Allahyarham yang enggan mengamalkan rasuah ketika Pemilihan Agong UMNO Peringkat Bahagian Kuala Terengganu sebelum ini.

YAB Datuk Najib Tun Razak juga turut meminta maaf mewakili calon perjudian UMNO Dato’ Wan Ahmad Farid Wan Salleh kerana sepanjang hayat Allahyarham, Allahyarham acapkali ditekan dan keraer politiknya hampir-hampir dibunuh.

Salah satu bukti yang menjadi rahsia umum penyokong-penyokong Allahyarham Dato’ Razali Ismail adalah Wan Ahmad Farid terlibat dalam merasuah ahli-ahli UMNO dalam PAU Kuala Terengganu lepas demi memenangkan abang kandungnya, Wan Hisham.

Allahyarham bukan tidak berkepemimpinan, tetapi UMNO tidak boleh mengangkat Allahyarham dalam PAU lepas disebabkan rasuah dalam sekala besar dalam kalangan ahli-ahli UMNO sendiri.

Implisitnya, para penyokong Allahyarham sama ada dalam UMNO atau luar UMNO sudah memberi signal awal untuk menolak sesiapa sahaja calon perjudian UMNO.

YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak menyedari hakikat ini.

Untuk memastikan Wan Ahmad Warid mampu menjadi penyambung legasi Allahyarham kononnya, akhirnya beliau sanggup mengabadikan nama Allahyarham di 2 institusi pengajian tinggi tempatan.

Dengan berbuat sedemikian, mungkin dosa Wan Ahmad Farid dan UMNO sendiri ditebut dalam kamus perasaan para penyokong Allahyarham.

Isu kedua yang terus menghantui Wan Ahmad Farid dan UMNO perletakan jawatan Pegawai Pengurus SPR Dato’ Mat Razali Kassim sebagai RO.

Penjelanyah tersebut sanggup mengugut kakitangan kerajaan dengan ucapan, “…akan hilang jawatan jika undi PAS…”.

Penjenayah tersebut terpaksa melepaskan jawatan kerana PAS bukan sahaja bertekad untuk melaporkan kes tersebut kepada polis dan SPR, malah lebih dari itu.

Akhirnya, beliau terpaksa meletak jawatan. Ini adalah jalan yang paling kurang risiko.

Jika beliau tidak berbuat sedemikian, takut-takut PAS akan menjadikan kes tersebut sebagai hujah dalam proses petition mereka kelak.

Yang ketiga, kenyataan Chif Inspektor Azilah Hadri di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 15 Januari lepas - bahawa beliau menerima arahan meletupkan gadis seksi Mongolia dengan C4 daripada juru iring ADC Dato’ Seri Najib Tun Razak sendiri.

Timbul pelbagai persoalan di Kuala Terengganu ini. Antaranya, siapa pula yang mengarahkah Juru Iring ADC tersebut; jika bukan Dato’ Seri Najib sendiri?

Perlukah Najib mengangkat sumpah keramatnya sekali lagi sebagaimana yang pernah dilakukannya di Pilihanraya Permatang Pauh lepas.

Tiga isu ini meletakkan Wan Ahmad Farid dan UMNO senantiasa dihantui oleh dosa-dosa lampau hatta media arus perdana mereka lebih bersikap defensif walaupun pada hari penamaan undi.

Keputusan P.036 menyaksikan PAS memang majoriti sebanyak 2631 undi.

Dalam secangkir kopi di rumah Ahli Parlimen baru Kuala Terengganu, YB Mohd Abdul Wahid Endut nampaknya sarat dengan tuntas-tuntas pilihanraya kecil P.036 Kuala Terengganu - zainulfaqar.wordpress.com


1 comment:

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

Bersabda Nabi saw;

maksudnya : pemberi dan penerima rasuah akan masok neraka.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese