27 January 2009

MB Perak: Tahun Baru Cina & ADUN Bota - Malaysiakini



Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin

Terlebih dahulu saya mengucapkan riang Tahun Baru Cina ( tahun lembu) kepada semua rakyat dan kaum Cina yang merayakan perayaan tersebut kali ini. Semoga bertambah hampir dengan keadilan dan mencari kebenaran. Cumanya beza besar bagi tahun lembu ini ialah berkalihnya ADUN Bota Dato' Nasarudddin Hashim ke Pakatan Rakyat bila mengisytiharkan beliau keluar UMNO-BN dan menyertai PKR.

Ini dilihat sebagai kurniaan ang pow paling mahal kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Perak khususnya dan rakyat Perak amnya. Syukur alhamdulillah. Cuma semasa ditanya oleh wartawan apakah punca sebenar tindakan YB Dato' Nasaruddin meninggalkan UMNO dan lompat ke PKR, beliau dengan tenang menjawab bahawa ingin berkhidmat kepada rakyat Perak, khususnya warga Bota dengan lebih baik dan terlalu kecewa dengan UMNO. Ini kenyataan dari seorang bekas Ahli Parlimen Parit yang juga bekas ahli PTD serta mantan Pengerusi Felcra yang terbukti sangat berjaya dan "untung besar" .

Saya baca kenyataan ini sebagai luahan hati ikhlas dan murni dari seorang yang professional yang mahu menghampiri kebenaran dan menjauhkan dirinya dengan kemungkaran serta kebathilan. Sifat ini amat jelas dalam komen serta respond YB ADUN Bota itu dalam dua sessi persidangan Dewan Undangan Negeri Perak baru-baru ini. YB Dato' Nasaruddin menunjukan kemurnian sifatnya dengan adab sopan dan tatasusila serta kaedah banyak bertanya untuk mendapat maklumat lanjut. Dia tidak menjerit melaung tidak tentu pasal seperti rakannya yang lain yang banyak mempamirkan sifat merampus-menggila, dendam dan menghentam, tunjuk pandai serta lagak. Semua sifat tidak sihat ini tiada dalam perwatakannya semasa sesi tersebut. Ini saya dapat rumuskan betapa terseksanya bathin YB Dato' dalam UMNO justeru memutuskan melompat parti.

Apapun, pendekatan kerajaan Pakatan Rakyat Perak kini mengamalkan prinsip kesejagatan yang terkandung didalam Al-Quran seperti keadilan, amanah , tanggungjawab, wibawa, kebajikan dll. Disamping itu falsafah kemepimpinan kerajaan yang diterajui Parti Islam Semalaysia ini berteraskan kepada kaedah berikut:

1. Membuka ruang serta peluang seluas-luasnya bagi rakyat Perak khususnya orang Islam supaya menghampiri kebenaran/ makruf;

2. Menutup ruang serta memberhentikan peluang serapat-rapatnya supaya rakyat lalai dan terlibat dalam kebathilan/mungkar.

3. Mengagihkan dan memberi sama rata kepada semua 2.3 rakyat Perak akan hasil mahsul yang dikurnia Allah SWT di bumi Perak ini. (to provide a fair and equitable distribution of wealth and resources ) .

..... kamparinn....

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese