24 December 2008

UMNO PJ Selatan lumpuh - Malaysiakini

Bekas Ketua, 28 Ketua Cawangan dan 13 Jawatankuasa Bahagian Sertai Pas

UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan mungkin tutup kedai dan lumpuh ekoran bekas ketuanya Kept (B) Zahar Hashim, 60 berhijrah ke dalam Pas dan telah menyerahkan borang keahliannya kepada Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa di satu majlis khas diadakan di sebuah hotel di Ampang Jaya pagi ini.

Bersama Zahar turut berhijrah ialah 13 ahli jawatankuasa bahagian dan 28 ketua cawangan bahagian berkenaan. Penghijrahan beramai-ramai itu menyebabkan Umno Bahagian Petaling Jaya terus lumpuh.

Penyertaan Zahar bersama kepimpinan bahagian dan cawangan itu juga memberi pukulan hebat kepada Umno yang akan menghadapi pilihan raya kecil Kuala Terengganu minggu depan.

Zahar dalam majlis penyerahan borang itu menjelaskan penyertaannya ke dalam Pas kerana yakin Pas adalah parti terbaik untuk orang Melayu dan mampu membela agama di masa depan.

"Pas bukan lagi parti alternatif kepada Umno tetapi parti yang lebih baik daripada Umno," tegasnya.

Jelasnya penyertaan itu bukan mengejar kedudukan dan pangkat di dalam Pas melainkan untuk memberi sumbangan kepada Pas dalam membantu rakyat, khasnya rakyat miskin. Menurutnya beliau pernah ditawarkan jawatan Speaker DUN Selangor namun beliau tolak, penolakan itu menunjukkan beliau tidak mengejar kedudukan.

Kerana itu katanya kemasukan beliau dalam Pas hendaknya tidak dicurigai kerana beliau ikhlas untuk berjuang bersama Pas bagi memberi khidmat kepada rakyat.

"Saya masuk bukan hendak pangkat dan kedudukan tetapi untuk bersama Pas membantu rakyat miskin dan perkara ini saya sudah jelaskan kepada Pas kawasan Petaling Jaya Selatan," jelasnya.

Mengenai desas desus mengatakan beliau mengambil tindakan itu setelah keahliannya digantung, Zahar menjelaskan desas desus itu tidak betul. Katanya sejak awal tahun lalu beliau sudah merasa tidak selesai dengan Umno ekoran peralihan kuasa dalam Umno Selangor. "Jadi kebetulan Umno pecat saya ia memberi jawaban kepada apa yang sedang difikirkan," tegasnya. - MSO

Malaysiakini :Zahar sertai PAS, kempen di KT

Harakahdaily :

Pendedah Eurocopter, Abu Zahar sertai PAS hari ini

Kapten Zahar sertai PAS: Hijrah bermakna untuk PAS Selangor

2 comments:

Anonymous said...

Dah 26 tahun makan taik baru ternampak dan terfikir nak masuk PAS, itu pun pasal tak menang tender membekalkan helicopter, kalau tidak sudah tentu kenyang ke anak cucu

Anonymous said...

baru tau orang umno makan taik termasuk anon dec 25,2008 1:33 AM.

makanlah puas. sekurang2nya dia tau taik tu najis dan kotor, sebab tu dia keluar.

kamu masih belum mumayiz, sebab tu makan taik sampai ke mati.

alahai kesiannya

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese