25 December 2008

MCA Jangan Bertindak Membabi Buta - Malaysiakini



tvPAS : Tindakan MCA Sudah Dijangka

Pemuda MCA Wilayah yang diketuai Chiew Lian Keng menyerahkan surat bantahan terhadap cadangan pelaksanaan hudud dan qisas.

Bantahan tersebut berikutan dari pendirian jelas daripada Dato' Husam mengenai perlaksanaan hukum hudud sekiranya Pakatan Rakyat berjaya membentuk Kerajaan Pusat sepertimana impian 16 September sewaktu majlis Wacana Transformasi Politik Malaysia malam Sabtu lalu.

Penyerahan tersebut di terima oleh Setiausaha Pemuda PAS Pusat, Ahmad Sabki Yusof di lobi Pejabat Agung PAS Pusat. Beliau menyatakan, sebarang penjelasan bantahan tersebut akan dijawab pimpinan parti.

Apa yang menarik perhatian dalam penyerahan bantahan tersebut, rancangan berdemonstrasi di hadapan bangunan Pejabat Agung PAS Pusat itu terpaksa dibatalkan memandangkan sambutan kehadiran rombongan tersebut sekitar 10 orang sahaja.

Hudud MCA Wajar Tarik Balik Bantahan, Jangan Bertindak Membabi Buta

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mengesa Pemuda MCA Wilayah Persekutuan menarik balik bantahan yang dikemukakan kepada YB Dato Presiden Pas berkaitan dengan isu hukum Hudud dan Qisas.

Pemudawilayah telah meneliti isi bantahan berkenaan yang dihantar melalui sehelai surat yang ditandatangani oleh Sdr. Chiew Lian Keng pada petang semalam di Pejabat PAS Pusat.

Jelas dalam surat bantahan itu bahawa pemuda MCA tidak memahami hasrat dan konsep hukum hudud yang telah termaktub dalam Al-Quran. Kegagalan ini menyebabkan mereka bertindak membabi buta dan hanya berlandaskan kefahaman yang cetek tentang isu ini. - Pemuda Wilayah »

7 comments:

al-brangi Online said...

Hudud hanya untuk orang Islam saja. Kenapa mesti takut, itu kepercayaan kami.

Kami tak ganggu dan tak akan ganggu mana2 agama sebagaimana kami berharap Agama kami tidak diganggu.

Kita boleh hidup aman damai di bumi Malaysia tercinta ini.

Bangsa Cina Malaysia said...

When DR.M declare Malaysia an Islamic State
whe were you guys.

why didnt you guys demonstrate in front of Dr.M house.

Stop the double standard.

as far as i am concern MCA is dead.

Bangsa Cina Malaysia said...

When DR.M declare Malaysia an Islamic State
whe were you guys.

why didnt you guys demonstrate in front of Dr.M house.

Stop the double standard.

as far as i am concern MCA is dead.

Anonymous said...

Why MC Eh? Why MC Eh?

Anonymous said...

PAS selalu cakap Hudud untuk orang Islam sahaja, tetapi adakah orang Islam mahu hukum hudud?

Inilah persoalannya.

Hukum hudud dan ketuanan Melayu ini amat mengganggukan orang bukan Islam seperti saya. Pengurus PKNS mestilah Muslim(kenapa lihat dari sudut agama/keturunan, tetapi bukan dari sudut pengalaman/kaliber?),50% daripada rumah di Kedah adalah kuota bagi Muslim(Mana perginya hak-hak milik rumah Orang bukan Islam)?

Encik Al-Brangi di atas menyatakan bahawa "kami tak ganggu mana2 agama sebagaimana kami berharap agama kami tidak diganggu". Tetapi kenapa sesiapa yang berkahwin dengan Muslim mesti memeluk Islam? Yang lagi pahit adalah bila orang ini bercerai dengan suami/isteri, mereka tidak boleh meninggalkan agama Islam. Mana perginya kebebasan agama? Mana perginya "tidak ganggu agama lain"??

Sebenarnya saya menghormati agama Islam, kerana ajaran Islam adalah suci. Tetapi ada segelintir Muslim yang ekstrim telah cuba mengganggu kaum dan agama lain di tanah air yang kita semua cinta ini.

Saya berharap percakapan saya ini tidak menyinggung perasaan Muslim. Semoga Malaysia berjaya!

Anonymous said...

sebab Islam tu agama yang betul dan benar..sila baca buku atau tanya orang yang pakar..kalau tak tahu apa tu Islam dan apa tu hudud..jangan guna logik akal semata mata

Anonymous said...

Dear muslims,
Perhaps you should read carefully what our Orang Cina sedih got to say. Ponder on them. See why the establishment of an Islamic State is futile
Why not make Malaysia truly a SECULAR NATION like Indonesia and Turkey. Malaysia NEGARA SEKULER!!!!!Muslims would be guaranteed that their way of life would be respected.

Regards,
looes74

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese